by Rum Akuzak on Friday, January 21, 2011 at 3:00pm
Surat Rasmi Kesatuan Yg Dikirimkan Hari Ini Utk Tatapan Umum.
KEWUJUDAN EXCO
KEWUJUDAN EXCO
Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Majlis Eksekutif ingin merujuk kepada perkara di atas bagi menyampaikan pandangan setelah menilai keperluan EXCO Fleet and Maintenance. Suka dijelaskan bahawa pihak kesatuan sentiasa mengikuti setiap perkembangan semua jabatan dalam KTMB, bagi tujuan untuk melihat KTMB terus maju dan berjaya.
2. Dari sudut keperluan EXCO Fleet, pihak kesatuan merasakan ada sesuatu yang tidak kena berdasarkan kebaikan yang telah dibuat malah perancangan yang telah dibuat pada tahun – tahun akan datang telah merumuskan bahawa masa depan Fleet akan lebih baik dan teratur, memang tidak dinafikan ada kekurangan, tetapi berdasarkan perancangan yang telah diatur maka kekurangan yang ada boleh diatasi sekiranya perancangan yang dibuat berjalan dengan baik, malah perancangan dan kerja yang telah dijalankan telah mendapat sokongan padu dari segenap pekerja samada “Bukan Eksekutif” maupun “Eksekutif” kecuali satu (1) atau dua (2) dari kalangan “Eksekutif”, itu pun berdasarkan “Eksekutif” yang mana berkenaan bukanlah dari kalangan “qualified technical”.
3. Keperluan sebenar bagi mewujudkan EXCO ialah pada jabatan – jabatan yang benar benar bermasalah seperti Jabatan EMU, kerana semua menyedari bahawa EMU hari ini tidak dapat menonjolkan peranan sebenarnya walau pun telah dibawa masuk kononnya seorang “expert” yang bergaji lumayan sebagai “penasehat EMU” tapi apakah hasilnya, bagaimana pula perancangan yang telah dibuat, kesatuan percaya YB Dato’ Sri dan semua Lembaga Pengarah boleh menilai perkara ini.
4. Tambahan keperluan EXCO ialah bagaimana meningkatkan “ravenue”, ini sepatutnya menjadi agenda penting dalam mana – mana organisasi berasaskan perniagaan, tetapi sayangnya perkara ini tidak diberi perhatian sehingga campurtangan “Lembaga Pengarah KTMB” mengadakan “brainstorming” untuk mencari jalan bagaimana nak meningkatkan “ravenue” atau “mengurangkan perbelanjaan”, pihak kesatuan merakamkan ucapan “TAHNIAH” pada YB Dato’ Sri dan semua Lembaga Pengarah yang berjaya mengadakan sessi “brainstorming”, pihak kesatuan percaya “ravenue” dan “pengurangan perbelanjaan” adalah tunggak utama dalam bidang penghasilan dan perlu diutamakan.
5. Menyedari juga Jabatan Urusan Jalan adalah jabatan penting, banyak kelemahan yang perlu diperbetulkan maka pihak kesatuan juga menjadi hairan kenapa Jabatan Urusan Jalan tidak diwujudkan EXCO. Itu belum lagi Jabatan Sumber Manusia yang pihak kesatuan tidak perlu “highlightkan”.
6. Tertarik juga bila mana Jabatan Operasi yang baru – baru ini mengeluarkan “ARAHAN OPERASI – PENSTRUKTURAN SEMULA JAWATAN PENGURUS STESEN IPOH” yang tertulis tarikh kuatkuasa ialah pada 15 Januari 2011 yang mana telah ditangguhkan melalui satu surat yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Kewangan bertarikh 14 Januari 2011, berdasarkan surat berkenaan dikeluarkan setelah satu perbincangan diadakan dengan wakil – wakil jabatan berkaitan. Apa yang boleh diperkatakan ialah tiada wujudnya sistem komunikasi yang betul sebelum arahan dikeluarkan, gambaran boleh dinyatakan bahawa ada kepincangan yang perlu diperbetulkan, kerana individu yang menerajui seolah - olah tidak berkemampuan untuk menerajui Jabatan Operasi, maka disinilah pihak pengurusan tertinggi KTMB perlu memberi perhatian yang serius menangani masalah dengan mewujudkan EXCO tapi sebaliknya berlaku bila individu tidak berkelayakan “not qualified” di letakan sebagai EXCO dalam FLEET.
7. Konklusi kepada perkara yang dibangkitkan ialah apakah sistem yang sebenar perlu diwujudkan dalam menangani masalah yang ada, kurang lebih tujuh belas (17) bulan, Presiden KTMB menerajui KTMB apakah ini jalan yang beliau nampak untuk memberi kebaikan kepada KTMB, pihak kesatuan menilai bahawa hala tuju KTMB kini telah bercelaru tanpa arah tujuan, pendekatan yang bersistemetik perlu diadakan dengan melihat keseluruhan organisasi, visi, misi dan objektif KTMB perlu dipertekankan agar tidak terus berada diambang kejatuhan, jangan mewujudkan EXCO hanya boleh dilihat atau seolah – olah ada agenda tertentu. Kesatuan tidak mahu melihat KTMB berada diambang kejatuhan. Tambahan pula bila terbaca dalam akhbar baru – baru ini Surahanjaya Pencegah Rasuah telah memasuki KTMB kononnya ada kepincangan berlaku dalam sistem tender, biarpun ianya hanya sekadar melakukan siasatan, bukan menjatuhkan hukuman, kerana kesalahan hanya boleh dibuktikan bersalah hanya oleh mahkamah, tetapi secara tidak langsung imej KTMB telah pun tercemar.
8. Sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan kesatuan agar YB. Dato’ Sri akan terus memantau setiap pergerakan termasuk pentadbiran KTMB agar tidak wujud kepincangan, pihak kesatuan sentiasa membantu demi kebaikan organisasi, bukan dengan niat untuk campurtangan, tetapi berhak bersuara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Pihak kesatuan percaya dengan kemampuan Dato’ Sri dan semua Lembaga Pengarah KTMB, dan berkeyakinan semua Lembaga Pengarah KTMB dapat mencari jalan seterusnya memperbetulkan perjalanan KTMB yang kini seperti kehilangan punca.
Presiden RUM
No comments:
Post a Comment