Tuesday, February 1, 2011

RUM-PERPINDAHAN JABATAN PENGURUSAN ASET KTMB/POHON PERPINDAHAN KTMB KE SEKTOR AWAM

Rum Akuzak
Untuk tatapan umum kenyataan rasmi kesatuan (RUM)

Dengan segala hormat dan penuh takzim, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja Kesatuan yang bersidang pada 2hb. November 2010, memberi tekanan kepada pergolakan urus tadbir mutakhir syarikat KTMB atas perkara pemisahan urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” dari ‘KTMB’ ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)”. Sesungguhnya gerakan pemisahan urus tadbir sedemikian dirasai “sangat ketara”. Selari dengan “gerakan pemisahan” tersebut, majlis juga mengambil pendirian menyokong keputusan yang telah dibuat oleh beberapa mesyuarat Exco yang lepas sebagai suara sokongan kepada resolusi yang telah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Yang Kelapan (ke-8) mengenai perpindahan syarikat KTMB dari “Sektor Swasta ke Sektor Awam”.

2. Pihak “Kesatuan” telah menilai dan memperhalusi punca hakisan kekuatan dan kekukuhan “tapak atau foundation” syarikat KTMB dilihat telah wujud rintangan sebagai indicator “cengkaman” ke atas syarikat melalui peraturan tertentu yang mengandungi inti “bunga-bunga permasalahan semasa” melalui “gerakan pemisahan” ini. Libatan rintangan ternyata akan menjadi beban yang tidak dapat dirahsiakan lagi sebagai penanda wajah yang mencerminkan “situasi yang tidak sihat” yang boleh mencalar keupayaan “KTMB di masa muka”. Pihak kesatuan sungguh sangsi tentang kestabilan urus tadbir organisasi ini khususnya dari aspek menambah-baikan syarikat diandaikan “dayanya” didapati ”gagal menterjemahkan kebaikan” atau “sekurang-kurangnya” dapat mengekalkan “dayanya” setaraf semasa era organisasi ini di bawah sektor awam (KTM) mahupun sekarang ini di bawah sektor swasta (korporat/KTMB). Pada kami, keretakan urus tadbir syarikat ini akan menambah sukar pada menggarapkan usahanya sebagai sebuah pengangkutan rel terpenting yang telah memberi sumbangan terbesar kepada negara dari sudut “Keperluan Rakyat” pada masa-masa lepas dan dengan ini timbullah persoalan adakah syarikat ini mampu melindungi kepentingan “WARGA KTMB”.
3. Pada realiti “daya KTMB” bertambah gusar dan kini berdepani dengan “permasalahan” atas pemisahan urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” dari ‘KTMB’ khabarnya berpindah urus tadbirnya ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK) atau “Railway Assets Corporation (RAC)”. Difahamkan langkah pengambilanalih urus tadbir ialah atas perakuan “Laporan Ketua Audit Negara” berkemungkinan gerakan ini ialah bagi memenuhi kehendak ‘Seksyen 89 (8)’ (Perbadanan Aset Keretapi (PAK)) yang berbunyi:-
Seksyen 89 (8);

(a) Untuk mengurus, mentadbir dan menyenggarakan:-
(i) segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 92 adalah terletakhak pada Perbadanan;
(ii) Segala harta yang terletakhak pada, atau dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 93 adalah terletakhak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbirkan segala liabiliti berkenaan dengannya;
(b) Untuk menggalakkan dan mengusahakan projek-projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan
(c) Untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.
4. Dimaklum bahawa dengan pengambilanalih urus tadbir “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” oleh “Railway Assets Corporation (RAC)”, maka bermulalah hakisan kekuatan “daya KTMB” dan ianya akan memberi “impact directly” ke atas “WARGA KTMB” kerana dibebani pelbagai permasalahan yang akan didepani dari masa ke semasa dan dijangka akan bertambah parah lagi.
5. Kesatuan ini difahamkan bahawa jumlah keseluruhan kakitangan di “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” ialah seramai 246 orang kakitangan dan bilangan ini adalah satu jumlah yang besar. Kami juga sedar “Railway Assets Corporation (RAC) ” atau “Perbadanan Aset Keretapi” telah ditubuhkan pada 30hb. Julai 1992 dan telah beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 1992, tetapi “Jabatan Hartanah” sebagai jabatan yang dikenali pada masa itu masih di bawah kawalan ‘KTMB’. Dengan ini bermakna tempoh hampir selama lebih kurang sembilan belas (19) tahun lamanya ‘Jabatan Hartanah’ atau “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” yang dikenali sekarang ini “tidak pernah memberi gambaran tentang perjalanan pentadbiran jabatan ini dalam keadaan amat kucar kacir” dan fakta ini adalah persaksian sebagai bukti yang tidak boleh dipertikaikan.
6. Disedari walaupun “Akta Keretapi 1991” diwujudkan, namun dalam tahun 1992, apabila konsep “Pensyarikatan Malaysia” diperkenalkan oleh kerajaan, maka “KTM” secara langsung telah dipisahkan kuasa pentadbirannya dari “sektor awam” ke “sektor swasta” dengan pertukaran nama perniagaan dari "KTM" ke “KTMB”. Walaubagaimanapun pihak kerajaan telah memberi jaminan bahawa “kebaikan KTMB dan faedah yang dinikmati oleh kakitangan KTMB” tidak akan tergugat dan terhakis. Pertaruhan faedah ini telah "diikat kuat" melalui beberapa dokumen kerajaan dan juga melalui suara-suara rasmi dari perwakilan kerajaan yang diluahkan dalam “Dewan Rakyat”.
7. Dalam mesyuarat “Jawatan Kuasa Kerja Kesatuan” yang sama pada 2hb. November 2010, setelah menilai pro dan kontra, majlis mengambil keputusan untuk “MERAYU DAN MEMOHON KEPADA KERAJAAN” agar “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” tidak dipindahkan ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)” kerana ‘KTMB’ mampu memikul tugas dan sedia mengalas tanggungjawab dengan baik mengikut kehendak semasa. Saranan fakta yang dijelas di para (5) di atas antara lain menyatakan tempoh lebih kurang selama sembilan belas (19) tahun hingga sekarang ini dari tarikh penubuhan “Perbadanan Aset Keretapi” pada 30hb. Julai 1992 dan beroperasi secara rasminya pada 1 Oktober 1992, didapati “Jabatan Hartanah” atau “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” yang dikenali sekarang ini “tidak memberi” sebarang gambaran yang boleh ditafsirkan sebagai “pincang” atau “keadaan kucar-kacir” dalam menjalankan urus pentadbirannya semasa dalam kawal selia ‘KTMB’.

8. Pihak kami menyusun sepuluh jari memohon YAB. DATO’ SRI selaku “Perdana Menteri” sudilah kiranya pihak YAB. DATO’ SRI memberi pertimbangan kepada permintaan kami agar “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” tidak dipindahkan ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK )”. Sebab-musebabnya telah diluahkan dalam surat ini.

9. Seandainya pihak kerajaan masih juga tidak dapat merestui permintaan kesatuan mengenai “Jabatan Pengurusan Aset KTMB” agar tidak dipindahkan ke “Perbadanan Aset Keretapi (PAK)” atas sebab-sebab yang diketahui oleh kerajaan, maka sudah masanya pihak kerajaan merestui mengambil balik “organisasi KTMB” atau “perpindahan KTMB dari Sektor Swasta ke Sektor Awam” disebabkan pengangkutan rel KTMB hingga ke hari ini masih tidak dapat berubah wajah sebagai “Private Enterprise” dan masih menjadi “hak kerajaan”. Kerajaan sendiri telah memberi pengakuan dalam “Dewan Rakyat” bahawa “Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral kepada negara dan sedia memberi bantuan kewangan kepada syarikat KTMB”. Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar ekonomi sama ada dalam negara mahupun luar negara telah menunjukkan ianya tidak ada bukti muktamad bahawa urus niaga swasta adalah lebih cekap jika dibandingkan dengan pentadbiran awam. Sebaliknya apa yang disedari oleh masyarakat umum bahawa bayaran lebih mahal bagi perkhidmatan yang diswastakan. Penjelasan butiran fakta mengenai perpindahan ke “Sektor Awam” telah diluahkan dalam “Memorandum Perpindahan KTMB dari Sektor Swasta ke Sektor Awam” dan dokumen ini telah dihantar kepada kerajaan.

10. Sejarah telah terbukti bahawa pengangkutan rel KTM ini adalah penting, maka dalam tahun 1948 “ORDINAN KERETAPI” telah dikuat kuasakan dengan memperkenalkan “Malayan Railway” atau “Keretapi Tanah Melayu” dengan penubuhan “Lembaga KTM” yang bertanggungjawab ke atas semua urusan perkeretapian. Selepas “Merdeka”, pihak kerajaan telah menubuhkan “Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi” bagi mengemas-kinikan beberapa fungsi dari aspek “pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat serta kawalan disiplin”. Selang beberapa tempoh “Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi” telah dimansuhkan dan fungsi tersebut telah diambil oleh “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam”.

11. Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya pernyataan di atas menyusahkan YAB. Dato’ Sri. Disudahi dengan ucapan terima kasih dan percaya permintaan kami ini akan direstui oleh YAB. Dato’ Sri.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(ABDUL RAZAK MD. HASSAN )
Presiden.

No comments:

Post a Comment