Saturday, May 5, 2012

KENYATAAN MEDIA KESATUAN & PERSATUAN TENAGA NASIONAL BERHAD BERHUBUNG PERLANTIKAN CEO TNB



KENYATAAN MEDIA KESATUAN & PERSATUAN TENAGA NASIONAL BERHAD BERHUBUNG PERLANTIKAN CEO TNB
Tarikh : 4hb Mei 2012

1. Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB), Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB) dan Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) yang mewakili lebih 25,000 wargakerja TNB sangat mengalu-alukan perlantikan Y. Bhg. Dato’ Ir. Azman bin Mohd, Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi TNB, sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2012 bagi menggantikan Y. Bhg. Dato’ Sri Che Khalib bin Mohd Noh.

2. Tahniah diucapkan kepada Y. Bhg. Dato’ Ir. Azman bin Mohd di atas perlantikan tersebut.

3. Kesatuan/Persatuan TNB ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato’ Sri Che Khalib bin Mohd Noh yang telah menerajui TNB selama lapan (8) tahun, iaitu sejak 2004.

4. Perlantikan Y. Bhg. Dato’ Ir. Azman bin Mohd adalah seiring dengan hasrat dan harapan wargakerja TNB yang inginkan kerajaan memberikan pengiktirafan dan kepercayaan kepada kepimpinan dalaman untuk menerajui pucuk pimpinan TNB.

5. Kesatuan/Persatuan TNB akan memberikan sokongan yang padu terhadap pucuk pimpinan yang telah dilantik dan kami berharap pengurusan di bawah kepimpinan Y. Bhg. Dato’ Ir. Azman bin Mohd akan mengukuhkan lagi Perhubungan Perusahaan diantara Pengurusan dan Kesatuan/Persatuan.
Kami yakin dengan wujudnya komitmen dan kerjasama ini, TNB dapat merealisasikan Visi dan Misi Syarikat.

6. Kesatuan/Persatuan TNB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, kerana amat prihatin terhadap hasrat wargakerja TNB serta berkeyakinan penuh terhadap kebolehan kepimpinan dalaman untuk menerajui TNB.


Sekian, Salam 1Malaysia.





Friday, May 4, 2012

MEF Arahkan Majikan masukkan elaun ke dalam kiraan Gaji Minima!



HANCURLAH HARAPAN PEKERJA untuk menikmati Gaji Minima apabila Elaun dimasukkan ke dalam kiraa............


a) Overtime Meal Allowance

b) Shift Allowance

c) Night Shift Meal Allowance

d) Petrol Allowance

e) Outstation Overnight Allowance

f) Laundry Allowance

g) Vehicle Wash Allowance

h) Acting Allowance



MEF circular on Minimum Wage

Circular No: AG 05/2012

2 May 2012


To : ALL MEF MEMBERS

Announcement of National Minimum Wages Rates for the Private Sector

1. The Prime Minister YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak announced the rates of

national minimum wages on 30th April 2012. The minimum wages shall be as

follows:

Peninsular Malaysia - RM900.00

Sabah, Sarawak and Federal Territory of Labuan - RM800.00.


2. Minimum wages under the National Minimum Wages Consultative Act 2011 is

defined as basic wages determined under Section 23 of the Act.


3. However, for the purposes of implementing minimum wages, payments in cash

and cash incentives paid to the employees, the definition of wages under

Section 2 of the Employment Act 1955 may be converted to be part of the

minimum basic wages.


4. In determining what allowances that may be converted into basic wages,

members should be guided by the Industrial Court Award in the case of

Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Bhd. v. Rothmans Employees’ Union (Award

97 of 1996) (a copy of the Award No. 97/96 is enclosed) where the Court decided

that the following allowances are within the definition as wages under Section 2

of the Employment Act 1955:

a) Overtime Meal Allowance

b) Shift Allowance

c) Night Shift Meal Allowance

d) Petrol Allowance

e) Outstation Overnight Allowance

f) Laundry Allowance

g) Vehicle Wash Allowance

h) Acting Allowance

(Please note that the above list is not exhaustive and may include other cash

allowances and incentive payments)


5. Members are also advised that travelling allowance is not part of wages, under

the definition of wages under Section 2 of the Employment Act 1955. However,

employers may with the consent of the employees convert the said travelling

allowance to be part of basic minimum wages.


6. Please be advised that the implementation of minimum wages would only take

effect 6 months (12 months for micro enterprises) from the date the Order is

gazetted by the Minister of Human Resources.


7. In the event an employer is unable to implement the minimum wages within

the time frame as stated above, the employer may apply to the National

Wages Consultative Council (NWCC) within 6 months from the date of gazette

to review the implementation date of the minimum wages.


8. Please be informed hotels may convert part or all of the service charges to be

part of basic salary in order to arrive at the minimum wages of

RM900.00/RM800.00.


9. For the plantation industry, the RM200.00 which was paid as part of gratuitous

payment may be converted as part of the minimum wages requirement.


10. Those exempted from the ruling on minimum wages include Trainees,

Apprentices, and Domestic Servants.


11. Please be advised that foreign workers legally working in the country shall be

covered by the minimum wages requirement.

12. Further advice on the above will be issued from time to time especially when

the Minister of Human Resources gazettes the Order on National Minimum

Wages.



Thank you.




Hj Shamsuddin Bardan

Thursday, May 3, 2012

Datuk Azman Mohd Dilantik CEO Baru TNB




KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd melantik Datuk Azman Mohd sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, menggantikan Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh yang kontraknya berakhir pada Jun.

Azman, 55, yang ketika ini merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi TNB akan menerajui gergasi utiliti itu bagi tempoh tiga tahun, kata syarikat tersebut dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Beliau memulakan kerjayanya di syarikat itu pada 1979 sebagai jurutera elektrik di pejabat TNB daerah Temerloh/Mentakab dan kemudiannya perlahan-lahan mengisi jawatan korporat sejak 31 tahun lalu dengan memegang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Naib Presiden (Pengedaran) dari 2008 hingga 2010.

Semasa menerajui Bahagian Pengedaran, beliau menekankan kepada kepentingan meningkatkan perkhidmatan pelanggan menerusi pengenalan Piagam Pelanggan dan Standard Perkhidmatan Dalaman.

Azman terlibat dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Pengedaran Elektrik Malaysia dan dilantik sebagai pengerusi dari 2008 hingga 2010.

Beliau kini terlibat dalam menubuhkan Institut Pengurusan Aset (IAM UK)Bahagian Malaysia.

Azman, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik) dari University of Liverpool, United Kingdom, turut memiliki ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/3/mstar_berita/20120503193555&sec=mstar_berita

Wednesday, May 2, 2012

Gaji Minima: Antara persepsi, implimentasi dan keraguan

2 Mei 2012, Putrajaya.


Perdana Menteri pada 30 April 2012 telah mengumumkan Gaji Minima Kebangsaan yang turut dipancarkan secara lansung di TV berdasarkan lima elemen utama iaitu:-

- Kadar Gaji Minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900.00 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800.00 sebulan (RM3.85 sejam)

- Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan Gaji Minima ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan

- Membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan Gaji Minima

- Tempoh kuat kuasa bagi kategori majikan kecil ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan

- Mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan Gaji Minima boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

Persoalan


Tarikh kuat kuasa enam bulan akan membuka ruang luas pada majikan untuk mengambil langkah memasukkan sebahagian elaun sedia ada dan dicampur gaji asas untuk dicukupkan menjadi Gaji Minima RM900.00. Dengan cara ini, majikan dapat mengelakkan membayar Gaji Minima RM900.00 sepenuhnya seperti hasrat asal kaum pekerja. Berdasarkan amalan di Malaysia, pengumuman awal yang dibuat oleh Perdana Menteri juga akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barangan keperluan sebelum Gaji Minima diimplimentasikan.

Perbezaan antara Semenanjung,Sabah dan Sarawak adalah tidak selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia. Ianya akan memperluaskan jurang perbezaan pendapatan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Nelson Mandela telah telah memansuhkan dasar aparteid pada tahun 1994 namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara itu. Pengalaman di Afrika Selatan ini perlu diambil iktibar oleh kerajaan dalam mengujudkan kesamarataan antara pekerja di negara ini. Statistik menunjukkan 30% pekerja swasta di Malaysia mendapat gaji di bawah paras kemiskinan negara RM750.00 dan majoritinya terdiri dari pekerja swasta di Sabah dan Sarawak. Hal ini menyebabkan ramai pekerja Sabah dan Sarawak berhijrah ke Semenanjung bagi mencari rezeki yang lebih baik.

Kebimbangan besar turut dirasai bila kerajaan memberi kebenaran kepada majikan yang benar-benar tidak mampu melaksanakan Gaji Minima untuk memohon lanjutan tempoh melaksanakan dari 12 bulan kesuatu tempoh lain. Langkah ini dikhuatiri akan berakhir dengan kehampaan harapan pekerja untuk menikmati Gaji Minima. Pelbagai masalah yang ada hubungkait dengan pelaksanaan Gaji Minima untuk pengawal keselamatan adalah contoh yang telah berlaku dan ianya besar kemungkinan akan berlaku sekali lagi dalam pelaksanaan Gaji Minima Kebangsaan.

Kelebihan dan Keraguan

Langkah memberi kelonggaran untuk majikan. menyerapkan sebahagian elaun ke dalam Gaji Minima akan memberikan manfaat kepada pekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:-

i. Jumlah gaji pokok untuk pekerja akan menjadi RM900.00 dan ini akan menguntungkan pekerja dari sudut pembayaran EPF sumbangan majikan dan pekerja yang lebih tinggi.

ii. Syarikat yang membuat bayaran pampasan persaraan, 'gratuiti' akan mengambil kira gaji terakhir yang berjaya ditingkatkan asasnya.

iii. Bayaran pencen ilat jika terlibat dengan kemalangan akan layak menerima pencen ilat yang lebih baik kerana paras Gaji Minima telah ditetapkan RM900.00.

iv. Kadar bayaran lebih masa akan menjadi lebih tinggi kerana kiraan berasaskan Gaji Minima.

v. Kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi nilainya berbanding gaji asal yang rendah dari paras RM900.00.

vi. Jika syarikat alami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menampung operasi, amalan semasa membenarkan potongan didahulukan untuk elaun berbanding gaji.

vii. Bayaran bonus akan lebih tinggi nilainya kerana bonus dibayar berdasarkan kiraan gaji dan bukan elaun.

Bagaimanapun prinsip Gaji Minima telah tergelincir dari landasan dan matlamat asal MTUC yang menetapkan Gaji Minima RM900.00 dan Cola RM300.00 apabila implimentasinya mengambil kira sebahagian elaun. Tafsiran gaji dan elaun tidak boleh disamakan. Gaji bukanlah elaun dari sudut tafsirannya mengikut undang-undang pekerjaan.

Mengikut " National Wages Consultative Council Bill 2011"

Definasi gaji adalah seperti berikut: "minimum wages" means basic wages to be or as determined under section 23;
Oleh yang demikian gaji pokok atau 'basic minimum wage' tidak termasuk sebarang elaun-elaun.

Tetapi dalam enam bulan mana-mana majikan boleh menyerap mana-mana elaun sedia ada seperti elaun kehadiran (attendance elaun) dan lain-lain elaun ke dalam gaji pokok yang kurang dari RM900.00. Bagaimana pula keadaannya dengan pekerja yang menerima lebih dari RM900.00? Apakah yang akan terjadi kepada elaun tetap mereka? Mengikut Akta Kerja - 'any implied terms' juga boleh menjadi 'contractual'.

Dari sudut mata kasar seperti nampak pekerja akan dapat gaji yang lebih tinggi tetapi hakikatnya dari sudut pendapatan - pekerja sebenarnya hilang nilai kepada pendapatan bila elaun diserapkan ke gaji minimum.

Anologi mudah:

Gaji permulaan semasa - RM600.00 Elaun Tetap pengangkutan + Shift + Kehadiran – RM300.00

Gaji Minima kelak akan menjadi RM900.00 tetapi elaun tetap akan hilang!(Ini merugikan pekerja kerana pendapatan pekerja pada sebelum pelaksanaan gaji minimum sudah sedia ada bernilai RM900.00. Pengumuman Gaji Minima tidak akan mengubah apa-apa pendapatan pekerja jika sebahagian elaun diambil kira untuk kiraan Gaji Minima.

Kaedah sebenarnya yang dituntut MTUC untuk pelaksanaan Gaji minima mestilah:-

Gaji Minima RM900.00
Elaun Tetap Pengangkutan + Giliran Kerja + Kehadiran – RM300.00
Jumlah Pendapatan – RM900.00 + RM300.00 = RM1,20.00

Akan ujud pelbagai masalah jika pelaksanaan Gaji Minima tidak dilakukan dengan cermat antaranya:

- Akan ujud anomali dari sudut gaji

- Gaji pekerja Junior akan menghampiri gaji pekerja senior

- Kekananan dalam perkhidmatan tidak akan lagi menjadi salah satu instrumen untuk mengukur kadar upah

- Majikan terpaksa menambah kos jika mahu melakukan pelarasan gaji untuk mengelakkan masalah anomali gaji

Secara keseluruhannya pengumuman gaji minimum ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan setelah MTUC membangkitkannya sejak 12 tahun lalu iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Malangnya ia tidak menepati prinsip asal Gaji Minima seperti yang dituntut MTUC dan ia turut menimbulkan persepsi keraguan terhadap pelaksanaannya.

Laporan Bank Dunia 2011 menunjukkan kadar kenaikan gaji ialah 2.6% sahaja sedangkan kadar produktiviti meningkat ke 6.7%. Angka ini membuktikan pekerja negara telah memberi sumbangan besar kepada peningkatan produktiviti dan kemajuan negara. Malahan angka ini juga menunjukkan majikan memperolehi peningkatan kepada keuntungan dan perkembangan perniagaan. Malangnya pekerja negara terutama pekerja swasta masih gagal menikmati kehidupan berkualiti (Quality Life) dan terus terpinggir di bumi Malaysia yang kaya dengan sumber alam semulajadinya. Kerajaan diseru melaksanakan sepenuhnya Gaji Minima seperti tuntutan asal MTUC dan selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. Pengumuman Gaji Minima tidak wajar digunakan sebagai instrumen politik menjelang Pilihanraya ke 13 bagi meraih sokongan pekerja sektor swasta. Kerajaan juga perlu memberi penjelasan lanjut terhadap isu penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap sebagai Gaji Minima supaya ia dapat memberikan impak yang tulin terhadap prinsip pelaksanaan Gaji Minima.


Mohd Roszeli Majid, Naib Presiden MTUC (Sektor Swasta)

Dikemaskini dari link-http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/gaji-minimum-antara-persepsi-implimentasi-dan-keraguan-1.44691

Monday, April 30, 2012

PM Umum Gaji Minimum Bulanan Sektor Swasta RM800 - RM900-Antara Prinsip dan Pelaksanaan?


Oleh ZUHRIN AZAM AHMAD dan JOSEPH SIPALAN

30 April 2012,PUTRAJAYA :
Gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 dan RM800 bagi Sarawak, Sabah dan Labuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Ia berfungsi kepada RM4.33 sejam bagi para pekerja di Semenanjung manakala pekerja di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibayar minimum RM3.85 sejam.

Akhirnya, terdapat hanya satu gaji minimum bagi negara ini, katanya, sambil menambah bahawa gaji minimum akan dikaji semula dari semasa ke semasa selaras dengan produktiviti negara, kemampuan dan daya saing. Gaji minimum yang dijangkakan banyak pihak telah diumumkan oleh Najib pada perhimpunan khas dengan ribuan pekerja sektor swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Isnin.

“Ini merupakan hadiah khas daripada Kerajaan Persekutuan kepada pekerja seluruh negara yang dicintai," katanya.

Kadar gaji minimum itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan.Bagaimanapun, katanya, tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan peluang untuk membuat persediaan supaya perniagaan mereka tidak akan terjejas.Najib berkata, tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding.

Beliau berkata, walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan. Beliau menambah, tempoh yang diberikan itu adalah mencukupi untuk majikan menstruktur semula gaji dan operasi perniagaan mereka.

"Kerajaan menyediakan satu mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya mereka yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh merayu untuk ditangguhkan. "Kami juga menyediakan satu mekanisme di mana beberapa elaun atau bayaran tunai tetap dibenarkan untuk diserap dalam pengiraan bagi gaji minimum."Ini adalah untuk memastikan bahawa pelaksanaannya tidak membebankan majikan dan tidak akan kehilangan pekerja," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

"Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara," katanya.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Beliau berkata, Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Najib juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

- http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/30/mstar_berita/20120430211323&sec=mstar_berita