Tuesday, June 7, 2011
HIMPUNAN PEKERJA DI PARLIMEN MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA
Tuesday, 07 June 2011
JERIT akan menganjurkan satu himpunan wakil pekerja di Parlimen minggu depan demi mendesak kerajaan mengubal AKTA GAJI MINIMA segera. Ini adalah kerana , harga barangan terus naik, bayaran kemudahan asas naik , maka kos hidup meningkat tetapi gaji pekerja tetap sama. Adakah ini adil ? Pekerja nak makan apa kalau harga barangan meningkat dan gaji tidak meningkat ?
Lagipun , kerajaan cuba lari dari tanggungjawab dengan mengubal Akta Majlis Konsultasi Gaji dan bukannya terus Akta Gaji Minima. Kami di JERIT merasakan ini adalah satu sandiwara dan gimik pilihanraya.
Maka demi menekankan yang Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima, wakil pekerja dari JERIT akan berhimpun di Parlimen untuk memberi memorandum kepada kerajaan.
Butir-butir program adalah seperti berikut :
Tarikh : 15/6/2011
Tempat : Parlimen
Masa : 10.30 pagi
Sila turun beramai -ramai untuk menyokong tuntutan Akta Gaji Minima ini. Untuk maklumat lanjut hubungi 019-6693412 .
HARGA BARANG NAIK ! GAJI BILA LAGI ? PEKERJA MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA !
Kohila
SEKRETARIAT JERIT
Monday, June 6, 2011
'Majikan terbaik' cabuli peraturan kerja?
Bosan akibat dihantui dengan kebimbangan dihantar pulang serta sering kali diperas
ugut kerana tidak mempunyai permit di Malaysia, pekerja migran Indonesia yang bekerja di syarikat gergasi elektronik Western Digital kini tampil menceritakan masalah mereka.
Kumpulan yang mendakwa mewakili pekerja yang tertindas itu pada Sabtu lalu
menggantung kain rentang menunjukkan rakan-rakan mereka dalam keadaan digari dan menuntut pembelaan.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian Western Digital menanggalkan kain rentang itu dan apabila ditanya mengapa mereka berbuat demikian sekumpulan lelaki yang memakai jaket syarikat berkenaan enggan mengulas.
Western Digital yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik di Asia 2009'
didakwa tidak menyediakan permit bagi sekurang-kurangnya 1,000 pekerjanya yang telah berkhidmat selama dua tahun di Malaysia.
Pada Mac lalu, penerbitan Indonesia Tempo Interaktif melaporkan pegawai syarikat berkenaan telah berjumpa dengan dengan perwakilan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi menjelaskan situasi membabitkan kira-kira 6,000 pekerja mereka.
Ia memetik pegawai kedutaan berkata syarikat itu sedang menyelesaikan masalah tersebut peringkat demi peringkat dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan pejbat kedutaan.
Bagaiamanpun bagi seorang pekerja Ully Suryana (bukan nama sebenar, nama ditukar bagi melindungi identiti pekerja) semua itu tidak benar. Katanya pekerja diambil melalui sebuah agensi di Indonesia yang mempunyai perjanjian terus dengan Western Digital berhubung permit kerja.
“Mengikut perjanjian, Western Digital berkata syarikat akan menyimpan passport pekerja tetapi akan memberi mereka permit kerja agar mereka boleh bergerak bebas,” katanya.
Suryanti, yang berusia awal 20an mendakwa tidak lama dulu Jabatan Imigresen menyerbu salah sebuah asramaa dan menahan semua pekerja kerana tidak mempunyai permit kerja.
Kejadian terbaru, berlaku minggu lalu apabila lima pekerja yang berpakaian tidur ditahan atas alasan yang sama. Mereka dikurung selama tiga malam di lokap sebelum dibebaskan tanpa sebarang sebab.
http://www.malaysiakini.com/news/165583?fb_comment_id=fbc_10150263522096085_17238584_10150263690176085#f2704ed8718d36

Subscribe to:
Posts (Atom)