Tuesday, June 7, 2011

HIMPUNAN PEKERJA DI PARLIMEN MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA


Tuesday, 07 June 2011

JERIT akan menganjurkan satu himpunan wakil pekerja di Parlimen minggu depan demi mendesak kerajaan mengubal AKTA GAJI MINIMA segera. Ini adalah kerana , harga barangan terus naik, bayaran kemudahan asas naik , maka kos hidup meningkat tetapi gaji pekerja tetap sama. Adakah ini adil ? Pekerja nak makan apa kalau harga barangan meningkat dan gaji tidak meningkat ?

Lagipun , kerajaan cuba lari dari tanggungjawab dengan mengubal Akta Majlis Konsultasi Gaji dan bukannya terus Akta Gaji Minima. Kami di JERIT merasakan ini adalah satu sandiwara dan gimik pilihanraya.

Maka demi menekankan yang Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima, wakil pekerja dari JERIT akan berhimpun di Parlimen untuk memberi memorandum kepada kerajaan.

Butir-butir program adalah seperti berikut :


Tarikh : 15/6/2011


Tempat : Parlimen


Masa : 10.30 pagi

Sila turun beramai -ramai untuk menyokong tuntutan Akta Gaji Minima ini. Untuk maklumat lanjut hubungi 019-6693412 .

HARGA BARANG NAIK ! GAJI BILA LAGI ? PEKERJA MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA !


Kohila
SEKRETARIAT JERIT

No comments:

Post a Comment