Tuesday, June 12, 2012

Set up General Unions to protect the rights of workers

KUCHING: Malaysian Trades Union Congress (Sarawak Division) is pleased with strong support lately, including from Ministers and some employers, to set up General Unions to protect the rights of workers.

MTUC Sarawak Division Secretary Andrew Low said unfortunately, the restrictive Trade Unions Act does not allow general unions for workers and membership of any trade union is confined to only those who are employees in a particular industry, establishment, trade and occupation.

He said a trade union enhances the economic status of its members; improves working conditions; boosts their productivity and job value and provides protection against discrimination and unfair treatment.

"A bank employee can only be a member of a Banking Union...he cannot be a member of an airline union or teachers union and a hotel employee, a timber worker or a labourer cannot be members of the same union," he said in an email to Bernama here today.

He said for enterprise or in-house unions, membership was only for employees of that particular establishment or company and even employees of a subsidiary or an associate company cannot join that particular union.

Andrew said data showed that only 3.74 percent of the workers in the private sector are union members and only 2.11 percent are covered by a collective agreement.

He said there has been a huge increase, 58 percent, in the number of in-house unions but the actual membership increased by only 12 percent while the workforce actually increased by 67 percent.

"This means that most unions have less than 500 members and quite a number have less than 50 members," he added.

He said on union in Sarawak has only 12 members. --BERNAMA

Read more: Set up General Union to protect rights: MTUC - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/set-up-general-union-to-protect-rights-mtuc-1.92348#ixzz1xbRXu1lB

DRAF RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012


____________

SUSUNAN FASAL
____________


BAHAGIAN I

PERMULAAN

Fasal

1. Tajuk Ringkas, Permulaan Kuatkuasa dan Pemakaian

2. Tidakpakaian

3. Tafsiran

BAHAGIAN II

UMUR PERSARAAN MINIMUM


4. Umur Persaraan Minimum

5. Umur Persaraan Pilihan

6. Ketidaksahan terma kontrak perkhidmatan


BAHAGIAN III

ADUAN DAN SIASATAN

Fasal
7. Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat aduan

8. Rujukan ke Mahkamah Tinggi bagi persoalan undang-undang

9. Rayuan

10. Ketidakpatuhan kepada arahan Ketua Pengarah

BAHAGIAN IV

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

11. Kuasa Ketua Pengarah

12. Kuasa untuk menghendaki kehadiran dan memeriksa orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

13. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen

BAHAGIAN V

AM
Fasal
14. Pelaksanaan Kuasa Ketua Pengarah oleh Pegawai Tenaga Kerja

15. Penalti Am

16. Pendakwaan

17. Pengkompaunan kesalahan

18. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual

19. Pengecualian

20. Kuasa untuk membuat peraturan

JADUAL

RANG UNDANG-UNDANG

bernama


Suatu Akta bagi memperuntukkan umur persaraan minimum dan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang berhubungan.

[ ]


DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti berikut:

BAHAGIAN I
PERMULAAN

Tajuk Ringkas, Permulaan Kuat Kuasa Dan Pemakaian

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta

Ketidak-pakaian

2. Akta ini tidak terpakai kepada orang yang dinyatakan dalam Jadual.

Tafsiran

3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“perjanjian kolektif” mempunyai makna yang sama dalam seksyen 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];

“kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil bekerja seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja;

Ketua Pengarah” ertinya –
(a) berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265];

(b) berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3 (1) Ordinan Buruh Sabah (Bab 67); atau

(c) berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3 (1) Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76);

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang memasuki, dan bekerja, di bawah suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan tanpa mengira gajinya tetapi tidak termasuk seseorang yang diperihalkan dalam Jadual;

“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil bekerja seseorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang mula-mula disebut itu;

“Pegawai Tenaga Kerja” ertinya pegawai-pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh Sabah dan subseksyen 3(1A) Ordinan Buruh Sarawak;

“Mahkamah Perusahaan” mempunyai makna yang sama dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];

“umur persaraan minimum” ertinya umur persaraan seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) atau umur persaraan minimum yang lebih tinggi yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 4(2);

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal sumber manusia;
“persaraan pramatang” ertinya seseorang pekerja dibersarakan secara pramatang sebelum pekerja mencapai tempoh umur persaraan minimum, tidak termasuk persaraan secara sukarela atau di mana perkhidmatan pekerja tersebut diberhentikan atas sebab-sebab lain selain daripada faktor umur;

"Menetapkan" ertinya ditetapkan oleh peraturan;

“Persaraan” ertinya penamatan perkhidmatan pekerja atas alasan umur;

“Akta ini” termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta.

BAHAGIAN II
UMUR PERSARAAN MINIMUM

Umur Persaraan Minimum

4. (1) Walau apapun undang-undang bertulis lain, kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif, umur persaraan minimum seseorang pekerja itu hendaklah apabila mencapai umur 60 tahun.

(2) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi.

(3) Apabila Menteri menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi, umur persaraan minimum tersebut akan menggantikan umur persaraan minimum yang ditetapkan dalam subseksyen (1).

4) Seseorang majikan tidak boleh yang membersarakan secara pramatang seseorang pekerja sebelum pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.

(5) Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Umur Persaraan Pilihan

5. Walau apa-apa pun yang dinyatakan dalam Akta ini, seseorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan, yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

Ketidaksahan terma kontrak perkhidmatan

6. (1) Apa-apa umur persaraan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang dibuat sebelum atau pada atau selepas tarikh kuatkuasa Akta ini adalah lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang dinyatakan dibawa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan digantikan dengan umur persaraan minimum yang telah ditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang berhubung dengan umur persaraan hendaklah terbatal jika ianya mengecualikan atau menghadkan kuatkuasa mana-mana peruntukan Akta ini.

Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat aduan

7. (1) Mana-mana pekerja yang telah dibersarakan oleh seseorang majikan sebelum pekerja mencapai umur persaraan minimum, boleh dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh persaraan itu, membuat aduan secara bertulis kepada Ketua Pengarah.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), jika pekerja itu telah membuat representasi untuk pembuangan kerja tanpa sebab berpatutan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.


(3) Jika seseorang pekerja membuat aduan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menjalankan satu siasatan, mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri, untuk menentukan sama ada pekerja tersebut telah dibersarakan oleh majikannya bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta ini.

(4) Tertakluk kepada subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh menjalankan satu siasatan, mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri, untuk menentukan sama ada terdapat keterangan prima facie bahawa pekerja itu telah dibersarakan secara pramatang oleh majikannya bertentangan dengan peruntukan Akta ini.

(5) Selepas siasatan di bawah subseksyen (3), sekiranya Ketua Pengarah -

(a) berpuas hati bahawa aduan pekerja adalah tidak berasas, Ketua Pengarah boleh menolak aduan itu;

(b) berpuas hati bahawa pekerja itu telah dibersarakan oleh majikan bertentangan dengan peruntukan Akta ini, Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada subseksyen (6), mengarahkan majikan-

(i) untuk mengembalikan pekerja itu kepada pekerjaan asalnya dan membayar pekerja itu tunggakan gaji yang dikira dari tarikh pekerja itu telah dibersarakan sehingga tarikh pengembalian kerja; atau

(ii)untuk membayar pekerja pampasan sebagai ganti pemulihan kerja, tidak melebihi jumlah keseluruhan gaji pekerja itu yang dikira dari tarikh pekerja itu telah bersara kepada tarikh pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.

(6) Walau apapun had masa dinyatakan dalam subseksyen 20(1A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, tiada apa-apa dalam peruntukan di bawah seksyen 7 disifatkan menghalang pekerja untuk membuat representasi berhubung dengan pembuangan tanpa sebab yang munasabah di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika Ketua Pengarah menolak aduan di bawah peruntukan subperenggan 5(a) Akta, 30 hari selepas keputusan dibuat di bawah subperenggan 5(a) disampaikan.

(7) Walau apapun subseksyen 6 Akta, seseorang pekerja tidak berhak untuk membuat representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika pekerja itu telah memfailkan rayuan di bawah seksyen 9 Akta terhadap keputusan Ketua Pengarah di bawah subperenggan 5(a) Akta.

(8) Jika Ketua Pengarah membuat satu keputusan di bawah subseksyen (4), seseorang pekerja tidak berhak kepada apa-apa tuntutan lain kerana pembuangan kerja tanpa sebab berpatutan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

(7) Bagi maksud seksyen ini, "gaji" -

(a) bagi seorang pekerja yang dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak, mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pekerjaan 1955, seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak;

(b) bagi seorang pekerja yang tidak dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta Pekerjaan 1955, Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak, ertinya kadar gaji dalam kontrak perkhidmatan.

Rujukan kepada Mahkamah Tinggi bagi persoalan undang-undang

8. (1) Dalam apa-apa siasatan di bawah subseksyen 7(3), Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, merujuk apa-apa persoalan undang-undang bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan jika Pengarah berbuat sedemikian dia hendaklah membuat satu keputusan dalam siasatan itu selaras dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

(2) Sesuatu rayuan ke atas mana-mana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan.



Rayuan

9. (1) Seseorang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen 7(4) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi.

(2) Tertakluk kepada man-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 4 of the Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 [Act 55], prosedur dalam sesuatu rayuan di Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi prosedur dalam rayuan sivil dari Mahkamah Seksyen dengan ubahsuai mengikut keadaan yang perlu.

Ketidakpatuhan kepada arahan Ketua Pengarah

10. (1) Seseorang majikan yang gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(4)(b) adalah melakukan suatu kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(2) Jika seseorang majikan telah disabitkan kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar jumlah yang diarahkan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 7(4)(b).

(3) Jika majikan gagal mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), mahkamah hendaklah, atas permohonan pekerja, mengeluarkan satu waran untuk melevi harta majikan bagi amaun yang diperintahkan untuk dibayar di bawah subseksyen (2) dalam perkara-perkara berikut:

(a) secara distress dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U.(A) 328/80] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah untuk dibayar; atau

(b) mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Kuasa Ketua Pengarah

11. Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa untuk -

(a) menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; dan

(b) untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan di bawah Akta ini.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran dan memeriksa orang yang mempunyai pengetahuan tentang

12. (1) Ketua Pengarah dalam membuat siasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran mana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Jika seseorang enggan atau gagal untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki, Ketua Pengarah boleh melaporkan keengganan atau kegagalan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).


(3) Ketua Pengarah boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu di bawah penyiasatannya.

(4) Orang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu dalam siasatan yang diajukan kepadanya oleh Ketua Pengarah tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucutan hak.

(5) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.

(6) Ketua Pengarah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu tentang peruntukan subseksyen (4) dan (5).

(7) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat pernyataan itu atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang perlu.

Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen

13. (1) Ketua Pengarah yang membuat siasatan di bawah Akta ini boleh –

(a) menghendaki mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu untuk mengemukakan apa-apa kontrak perkhidmatan atau dokumen lain yang berhubungan dengan pekerjaan pekerja yang membuat aduan di bawah subseksyen 7 (1);

(b) membuat salinan mana-mana kontrak perkhidmatan atau dokumen lain yang berhubungan dengan pekerjaan yang berkenaan dengan perenggan (a); dan

(c) mengambil atau mengeluarkan apa-apa dokumen yang berkaitan.

(2) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Ketua Pengarah boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Pelaksanaan Kuasa Ketua Pengarah oleh Pegawai Tenaga Kerja

14. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, seorang pegawai tenaga kerja boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini, dan setiap kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dijalankan bagi maksud Akta ini.

(2) Seorang pegawai tenaga kerja tidak boleh menjalankan mana-mana kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini melainkan jika dia memiliki kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang memberi kuasa kepada beliau untuk melaksanakan kuasa tersebut.


Penalti Am

15. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang tidak mempunyai sebarang penalti yang diperuntukkan dengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Pendakwaan

16. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Kompaun Kesalahan

17. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila pembayaran kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.


(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

Kuasa Menteri untuk meminda Jadual

18. Menteri boleh, melalui suatu perintah yang disiarkan melalui Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.

Pengecualian

19. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan dengan atau tanpa syarat mana-mana orang atau kumpulan orang dari semua atau sebarang peruntukan dalam Akta ini.

Peraturan-peraturan

20. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
JADUAL
[Seksyen 2 Akta]

1. Akta ini tidak terpakai untuk kategori berikut:
(a) seseorang yang diambil bekerja secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;

(b) seseorang dalam tempoh percubaan;

(c) seseorang perantis yang bekerja di bawah kontrak perantisan;

(d) pekerja bukan warganegara;

(e) pembantu rumah;

(f) seseorang yang diambil bekerja dalam apa-apa pekerjaan dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa;

(g) pelajar yang bekerja di bawah mana-mana kontrak untuk tempoh sementara tetapi tidak termasuk pekerja yang mengambil cuti sambil belajar dan pekerja yang sedang belajar secara separa masa.

(h) seseorang yang diambil bekerja untuk tempoh tetap termasuk apa-apa perlanjutan masa tidak melebihi 24 bulan; dan

(i) seseorang yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah bersara pada usia 55 tahun atau ke atas dan kemudiannya bekerja semula selepas beliau bersara.

2. Bagi tujuan Jadual ini –

(a) “pekhidmat domestik” mempunyai makna yang sama dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265];dan

(b) “kontrak perantisan” mempunyai makna yang sama dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265].