Tuesday, August 2, 2011
Press Release - MEF CALLS FOR URGENT REVIVAL OF NLAC
The Malaysian Employers Federation (MEF) has urged the government to urgently revive the National Labour Advisory Council (NLAC) in order to deal with issues affecting human resource development and the updating of labour laws.
In his opening speech at the Federation’s Annual General Meeting in Subang Jaya today, MEF President Y.Bhg. Dato’ Azman Shah Dato’ Seri Haron raised MEF’s concerns about labour issues being discussed at various ad hoc meetings outside of the Ministry of Human Resources.
“MEF has been working on important matters affecting human resources and labour laws but unfortunately many of these were discussed through ad hoc meetings and other forum outside the Ministry of Human Resources,” said Dato’ Azman.
“These platforms include the PEMANDU Strategic Reform Initiatives (SRI) Lab which discussed, among other things, modernising labour laws, trade union, check‐off, retirement age, and increase of levy for foreign workers.
“Among the many proposals that were put forward include the abolishment of the Human Resources Minister’s discretion not to refer dismissal cases to the Industrial Court.”
Dato’ Azman said MEF had met with the Minister of Human Resources and the Secretary General to call for the reactivation the NLAC as labour policy matters should rightfully be discussed at the NLAC level as it is the highest tripartite body.
“These matters deserve the utmost attention of the government especially in view of the latest IMD World Competitiveness Yearbook ranking which puts Malaysia down sixth rungs from 10th in 2010 to 16th position overall in 2011,” he said.
He said the dip in Malaysia’s competitiveness ranking indicates the importance that Malaysia needs to further improve on the identified benchmarked criteria as other countries are also improving by leaps and bounds.
“Evidently, the improvements achieved thus far were not good enough,” he added.
For further information, please contact the MEF Secretariat at 03‐7955‐7779 or fax 03‐7955‐9008.
29 JULY 2011
http://www.mef.org.my/Att_PressRelease/PR110729.pdf
KEMELUT DUA KETUA PENGARAH JKR SELESAI
02 Ogos 2011
Berita Harian
2011/08/02
KUALA LUMPUR: Kemelut dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya yang berlarutan
sejak 1 Mei lalu, berjaya diselesaikan di luar mahkamah apabila bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dijangka menerima tawaran penyelesaian dibentangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada minggu ini.
Sumber Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan gabungan kesatuan sekerja JKR menyatakan, bekas Ketua Pengarah JKR itu akan menurunkan tandatangan bagi menerima tawaran ke jawatan baru. Sebelum ini, JKR mempunyai dua ketua pengarah apabila Judin enggan mengosongkan biliknya selepas mendakwa proses pelantikannya ke jawatan baru tidak dibuat mengikut prosedur. Sumber menyatakan, selepas rundingan membabitkan tujuh pihak dengan CUEPACS yang bertindak selaku orang tengah, satu penyelesaian berjaya dicapai dan kini dalam proses untuk memuktamadkan isu ini.
Berita Harian difahamkan, satu majlis diadakan hari ini dengan CUEPACS dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya.
Posted by CUEPACS
http://cuepacs.blogspot.com/2011/08/kemelut-dua-ketua-pengarah-jkr-selesai.html

Perjanjian Bersama STMicroelectronics dan KSIEWSSM
Untuk pertama kalinya didalam sejarah Kesatuan Sekerja diperingkat wilayah, satu majlis bagi menandatangani perjanjian bersama telah diadakan bagi menandakan termeterainya ikatan persefahaman diantara Kesatuan Sekerja Industri Elektronik
Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM) dan juga pengurusan STMicroelectronics. Berlangsung di Hotel Classic Muar, perjanjian ini telah ditandatangani secara bersama oleh pihak pengurusan STMicroelectronics, wakil KSIEWSSM dan wakil pekerja. Turut hadir didalam majlis ini adalah Penolong Pengarah JPP dan Penolong Pengarah JTK Muar.
Encik Hwang Jindoo (Pengurus Besar STMicroelectronics)Dalam ucapan ringkas dari Pengurus Besar STMicroelectronics, Encik Hwang Jindoo (atas) telah memberikan pujian terhadap pasukan perundingan dari kedua-dua pihak yang telah berjaya menyelesaikan perkara yang berbangkit didalam masa yang singkat. Tambah beliau, pasukan ini telah menunjukkan semangat yang positif dalam menjayakan dan menyelesaikan rundingan. Beliau juga melahirkan penghargaan terhadap kejayaan rundingan ini dan berharap agar ianya dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing pekerja serta menaikkan prestasi syarikat.
Mohd Salleh - Wakil KSIEWSSMSementara itu, dalam ucapan dari wakil KSIEWSSM, Sdr Mohd Salleh (atas) juga melahirkan penghargaan terhadap pihak pengurusan STMicroelectronics kerana perundingan ini telah berlangsung dengan baik dan harmoni. Menurut beliau, perjanjian ini merupakan satu titik penting dalam sejarah Kesatuan dimana ianya akan menjadi bahan rujukan bukan sahaja di dalam Malaysia oleh Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Malaysian Employer Federation (MEF) tetapi juga bagi International Federation of Chemical, Energy, Mine and General Workers' Unions (ICEM), International Metalworker’s Federation (IMF) dan International Labour Organization (ILO) diperingkat antarabangsa. Tambah beliau, ini adalah suatu perkembangan yang amat baik bagi kedua-dua pihak dalam mempertahankan hubungan baik antara pekerja serta majikan. Perjanjian bersama ini juga dapat mewujudkan situasi “sama-menang” bagi kedua-dua belah pihak.
Tuan Hj Shahrudin - Penolong Pengarah JPP Muar Dalam pada itu, Tuan Hj Shahrudin (kanan) dari Jabatan Perhubungan Perusahaan, Muar juga menghargai kerjasama kedua-dua pihak dalam menjalankan tanggungjawab perundingan tanpa melibatkan pihak-pihak lain. Ini menunjukan bahawa terdapat persamaan kefahaman dan sikap muafakat keduanya, ujar beliau lagi. Beliau berharap agar konsep perundingan sebegini akan menjadi contoh yang baik bagi syarikat dan kesatuan sekerja yang lain dan wajar diikuti. Tambah beliau, ia juga bagi menjamin kestabilan kerja, dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing sama ada pekerja dan syarikat malah ianya merupakan kejayaan yang dicapai secara bersama.
Hwang Jindoo, Naginder Singh (HR Director) dan CL Ser (Financial Controller) sedang menandatangani perjanjian bersama
Wakil-wakil KSIEWSSM (dari kiri: Sdr Faidzul Zainal (Presiden KSIEWSSM), Sdr Rizuan Zainal (S/U Agung KSIEWSSM) serta wakil worksite committee Sdr. Mahdar dan Sdri Suhaily.
Penyerahan Perjanjian Bersama bagi kedua-dua pihak (STMicroelectronics dan KSIEWSSM)
Kemuncak majlis ini telah berlangsung majlis tandatangan kedua-dua pihak dan disaksikan oleh Tn Hj Shahrudin beserta para hadirin yang lain. Diantara kandungan perjanjian bersama adalah;
• Peruntukan perlindungan Insurans bagi pekerja serta bantuan kilat bagi pekerja yang meninggal dunia kepada waris,
• Pertambahan cuti berbayar,
• Pertambahan jumlah caruman oleh majikan,
• Sumbangan syarikat kepada pekerja yang mendapat cahaya mata,
• Kenaikan gaji bagi tahun 2011 yang sama dan adil bagi kesemua operator dan juruteknik.
Posted by Kesatuan Sekerja Elektronik Wilayah Selatan
http://ksiewssm.blogspot.com/2011/07/perjanjian-bersama-stmicroelectronics.html

MENGAPA MTUC SELANGOR / WILAYAH PERSEKUTUAN MEMBANTAH PINDAAN KEPADA AKTA KERJA, 1955 & MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA
Datuk Dr S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia
Tingkat 6-9, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Putrajaya
62530 Putrajaya.
Tel: 03-8886 5000/5200
Faks: 03-8889 2381
30 Jun 2011
RANG UNDANG-UNDANG NO D.R. 15/2011 PINDAAN KEPADA AKTA KERJA, 1955 DAN D.R. 17/2011 MENGENAI MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA YANG DIBENTANG UNTUK BACAAN PERTAMA PADA 15-JUN, PARLIMEN MALAYSIA.
Rang Undang-Undang D.R. 15/2011 – Pindaan kepada Akta Kerja, 1955
Kami ingin menarik perhatian YB Menteri berhubung dengan kepedulian dan kekhuatiran kami berhubung dengan pindaan seperti yang dinyatakan di atas. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengemukakan pandangan ke atas Rang Undang-Undang No. D.R. 25/2010 yang dibentang dalam sesi Parlimen dalam bulan Julai 2010 lalu. Akan tetapi kami merasa kecewa bahawa pandangan MTUC telah tidak diambil kira dalam sesi pembentangan Rang Undang-undang tersebut sekarang. Pandangan MTUC telah diendors dan disahkan oleh Majlis Tertinggi dan seterusnya oleh Persidangan Perwakilan yang diadakan pada Disember 2010. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa pendirian MTUC tetap sama seperti yang dinyatakan sebelumnya berhubung dengan cadangan pindaan demi kepentingan Negara dan para pekerja seluruhnya.
1. Rang Undang 15/2011 mengandungi peruntukan-peruntukan yang pada hemat kami menyalahi undang-undang. Ianya adalah seperti berikut:
Fasal 2 (c) - Pindaan kepada Seksyen 2 – definisi “contractor for labour”
Fasal 11 – Pindaan kepada Seksyen 33A – “Maklumat berhubung dengan pembekalan Pekerja-pekerja”
2. Kedua-dua pindaan ini pada pandangan kami, adalah tidak termasuk dalam Akta Kerja, 1955. Sebaliknya ianya telahpun diperuntukkan dalam PRIVATE EMPLOYMENT AGENCIES ACT 1981. Dibawah Seksyen 3 – Tafsiran – “private employment agency” yang menyatakan seperti berikut:
“private employment agency” means—
(a) an employment agency conducted with a view to profit, that is to say, any person, company, institution, agency or other organization which acts as intermediary for the purpose of procuring employment for a worker or supplying a worker for an employer with a view to deriving either directly or indirectly any pecuniary or other material advantage from either employer or worker; the expression does not include newspapers or other publications unless they are published wholly or mainly for the purpose of acting as intermediaries between employers and workers;
(b) an employment agency not conducted with a view to profit, that is to say, the placing services of any company, institution, agency or other organization which, though not conducted with a view to derive any pecuniary or other material advantage, levies from either employer or worker from the above service an entrance fee, a periodical contribution or any other charge;
dan dibawah Seksyen 19 – Penyelenggaraan Rekod dan Seksyen 20 – Penyata yang menyatakan seperti berikut yang ditetapkan dibawah Peraturan 10 – PERATURAN PRIVATE EMPLOYMENT AGENCIES, 1981
Maintenance of records
19. Every private employment agency shall maintain—
(a) records of registration showing the names, addresses, identity card numbers and qualifications of the workers;
(b) records of vacancies and all aspects relating to the vacancies, that is, the number of vacancies, the qualifications of candidates required, the names and addresses of the employers notifying the vacancies, the places of employment where the vacancies occur and the terms and conditions of employment;
(c) records of placement of workers;
(d) records of fees collected; and
(e) any other records as may be required by the Director General from time to time.
Returns
20. The Director General may at any time by written direction require a private employment agency to send him in the manner and within the period specified in such direction—
(a) a return pertaining to any or all records required to be maintained under section 19;
(b) a notification of changes in any person in-charge of or employed by or is an agent of the agency;
(c) a return of registrations and placements of persons for employment overseas;
(d) a return containing any other particulars as he may require in relation to the business of the agency; and
(e) such written information or written explanation as he may require in respect of any particulars stated in any return sent by such agency.
3. Kami juga ingin menarik perhatian YB Menteri berhubung dengan kenyataan seperti yang dipetik dalam akhbar The Star bertarikh Selasa 23/02/2010 oleh Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja-pekerja Asing dan Pekerja Tanpa Izin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dimana YB Menteri hadir bersama dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bahawa Makmal, telah diarah untuk meletak syarikat-syarikat penyumber luaran (outsourcing companies) dibawah mikroskop bagi mempastikan bahwa mereka kekal dengan peranannya sebagai pembekal Pekerja dan TIDAK sebagai MAJIKAN.” (Makmal yang dimaksudkan adalah terdiri dari wakil-wakil dari 8 Kementerian dan 15 dari agensi-agensi kerajaan)
4. Pekerja hendaklah dibayar gajinya secara terus oleh pihak yang memiliki punca pengeluaran atau perkhidmatan dan tidak melalui orang tengah. Dengan pindaan yang dicadangkan maka ianya akan mewujudkan satu kelas baru majikan, kontraktor untuk membekalkan Pekerja (contractor for labour) atau Orang Tengah yang menyediakan Pekerja. Akibat daripadanya maka wujud satu kelas Pekerja yang baru, iaitu: ”Pekerja-pekerja kontraktor” atau “Pekerja-pekerja kontrak”
5. Kami mendesak YB Menteri supaya tidak meneruskan niat untuk menyahmanusiakan (dehumanizing) Pekerja-pekerja Malaysia yang berikutan darinya akan memperkayakan kontraktor yang menyediakan Pekerja. Ianya secara serius melanggar komitmen YB Menteri pada Sesi ILO kali ke-98 yang diadakan di Geneva pada 11 Jun, 2009 dalam apa yang dikenali sebagai Agenda Kerja Yang Wajar (Decent Work Agenda).
6. Oleh hal yang demikian kami merasakan bahawa dengan memasukkan fasal 2(c) dan 11 dan pindaan-pindaan ‘consequential’ dalam fasal 2(h), 9, 10, 22 dan 24, maka Kementerian Sumber Manusia seolah-olah memperdaya Dewan yang mulia dan para Pekerja seluruhnya. Kami meminta YB Menteri supaya menarik balik Rang undang-undang seperti yang dinyatakan untuk mempastikan keluhuran Akta Kerja 1955 tidak terjejas dalam mana jaminan pekerjaan dan kepunyaan kerja terus dipertahankan.
7. Fasal 7 – Seksyen 25 (2) “Pembayaran Gaji Melalui Bank”
Suku kata “or before the Director General acting under Section 69” selepas sukukata “courts” telah hilang. Dengan menggugurkan sukukata-sukukata ini maka Pekerja tidak ada pilihan lain selain dari mengemukakan kes mereka ke mahkamah sivil yang sudah tentu melibatkan kos dan para peguam, untuk mendapatkan gaji mereka, sekecil mana sekalipun.
8. Fasal 18 – Seksyen 60 (3) (b)
Sukukata “weekly” hendaklah dimasukkan ke dalam para 3 (a) dan BUKAN dalam para 3 (b) seperti yang dicadang untuk dipinda. Cadangan pindaan ini akan mengakibatkan kadar “HOURLY” kepada kadar “WEEKLY” untuk mengelak dari membayar kadar bayaran lebih masa yang lebih tinggi. Kementerian Sumber Manusia hendaklah jangan dilihat seolah-olah bersubahat melindungi perlakuan majikan yang tidak bertanggungjawab.
9. Fasal 27 – “Part XVA” SEXUAL HARASSMENT
Kami lebih suka jika perkara mengenai “Sexual Harassment” hendaklah diletakkan dibawah suatu undang-undang yang berasingan (yang berdiri secara tersendiri) yang tentunya di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kerana dengan demikian ianya akan meliputi seluruh Negara dan tidak hanya di tempat kerja di Semenanjung Malaysia seperti yang diperuntukkan dibawah Akta Kerja 1955 dimana ianya boleh dikuatkuasakan.
Rang Undang-Undang D.R. 17/2011 – Majlis Perundingan Gaji Negara
Kami memandang serius keatas pembentangan Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara tetapi ingin mengemukakan beberapa kelemahan yang terlalu menonjol didalamnya:
1. Teras bagi sesuatu Rang undang-undang adalah untuk menentukan kadar gaji minimum (sebagai contoh: formula). Akan tetapi ia adalah amat mengecewakan untuk dinyatakan disini bahawa Rang undang-undang tersebut tidak menyatakan degan jelas apakah komponen asas yang menentukan (atau menjadi) kadar gaji minimum itu.
2. Fasal 5 keanggotaan majlis itu:
a. Walaupun ahli-ahli Majlis hendaklah dilantik oleh Menteri, kita mencadangkan bahawa perlantikan anggota ke Majlis itu oleh Menteri mestilah berdasarkan cadangan daripada organisasi pekerja dan majikan masing-masing.
b. Fasal 5 (1) (d) - Penjawat awam yang gajinya dibayar oleh kerajaan tidak boleh dianggap sebagai anggota bebas. Penjawat awam hendaklah ditugaskan oleh majlis itu hanya untuk memudahkan, pentadbiran dan memberikan khidmat teknikal.
c. Fasal 13 (3) - Rang undang-undang itu memberikan hak kepada tiap-tiap anggota majlis dengan setiap orang anggota satu undi. Kami mencadangkan supaya pegawai-pegawai awam dikecualikan daripada mengundi.
d. Rang undang-undang tersebut akan menjadikan anggota-anggota yang mewakili pekerja menjadi minoriti semasa proses pengundian diadakan. Dalam perkiraan peratusan sekiranya 5 undian dari jumlah 23 seluruh anggota majlis maka peratusan ialah 22%. Manakala untuk 8 undian wakil pekerja daripada jumlah maksimum 29 orang anggota majlis maka peratusannya ialah 27%. Berdasarkan kepada Rang Undang-undang ini maka kumpulan pekerja akan menjadi minoriti. Kita tidak boleh menerima undang-undang yang secara rakus meminggirkan wakil-wakil pekerja dan meletakkan mereka dalam keadaan yang secara serius merugikan pekerja pada akhirnya.
Kami menunggu jawapan positif dari YB Menteri.
Terima kasih.
Yang benar,
N. Gopal Kishnam
Pengerusi MTUC
Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan

Dawama biadab, langgar hak pekerja’
Fazy Sahir
August 2, 2011
Syarikat tidak boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji sehingga satu jalan penyelesaian dicapai, kata Ahli Parlimen Kuala Langat.KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan Dawama Sdn Bhd yang mengarahkan hampir 380 pekerja bercuti tanpa gaji sebagai biadab dan melanggar hak pekerja.
Beliau berkata, Dawama yang menghadapi masalah kewangan yang rumit, tidak mempunyai hak untuk mengarahkan para pekerja mengambil cuti tanpa gaji sebelum menjelaskan semua bentuk bayaran kepada para pekerja.
“Syarikat tidak boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji sehingga satu jalan penyelesaian dicapai termasuk majikan memotong gaji sendiri dan juga potongan-potongan lain yang harus dijelaskan.
“Di mana kedudukan pekerja dalam hal ini, ini adalah satu tindakan biadab macam undang-undang ini bapa dia yang punya…..pekerja ada hak ke atas syarikat dan ini merupakan satu pencabulan hak pekerja,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah Biro Pekerja PKR berkata demikian kepada para pemberita dalam satu sidang media dipremis syarikat itu di Ulu Klang, dekat sini hari ini.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin.
Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada minggu lalu telah memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerja ekoran masalah kewangan dihadapinya.
Abdullah Sani berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian.
Beliau juga menggesa Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama Sdn Bhd membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Presiden kesatuan itu, Zainal Awit yang turut hadir dalam sidang media sekali lagi meminta Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja-pekerja.
Semalam kira-kira 200 pekerja Dawama mengadakan protes dan mendesak Muhyiddin campur tangan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/02/dawama-biadab-langgar-hak-pekerja/

Subscribe to:
Posts (Atom)