Tuesday, August 2, 2011

KEMELUT DUA KETUA PENGARAH JKR SELESAI

02 Ogos 2011
Berita Harian
2011/08/02

KUALA LUMPUR: Kemelut dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya yang berlarutan

sejak 1 Mei lalu, berjaya diselesaikan di luar mahkamah apabila bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dijangka menerima tawaran penyelesaian dibentangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada minggu ini.

Sumber Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan gabungan kesatuan sekerja JKR menyatakan, bekas Ketua Pengarah JKR itu akan menurunkan tandatangan bagi menerima tawaran ke jawatan baru. Sebelum ini, JKR mempunyai dua ketua pengarah apabila Judin enggan mengosongkan biliknya selepas mendakwa proses pelantikannya ke jawatan baru tidak dibuat mengikut prosedur. Sumber menyatakan, selepas rundingan membabitkan tujuh pihak dengan CUEPACS yang bertindak selaku orang tengah, satu penyelesaian berjaya dicapai dan kini dalam proses untuk memuktamadkan isu ini.

Berita Harian difahamkan, satu majlis diadakan hari ini dengan CUEPACS dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya.
Posted by CUEPACS

http://cuepacs.blogspot.com/2011/08/kemelut-dua-ketua-pengarah-jkr-selesai.html

No comments:

Post a Comment