Tuesday, August 2, 2011

Dawama biadab, langgar hak pekerja’

Fazy Sahir
August 2, 2011
Syarikat tidak boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji sehingga satu jalan penyelesaian dicapai, kata Ahli Parlimen Kuala Langat.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan Dawama Sdn Bhd yang mengarahkan hampir 380 pekerja bercuti tanpa gaji sebagai biadab dan melanggar hak pekerja.
Beliau berkata, Dawama yang menghadapi masalah kewangan yang rumit, tidak mempunyai hak untuk mengarahkan para pekerja mengambil cuti tanpa gaji sebelum menjelaskan semua bentuk bayaran kepada para pekerja.
“Syarikat tidak boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji sehingga satu jalan penyelesaian dicapai termasuk majikan memotong gaji sendiri dan juga potongan-potongan lain yang harus dijelaskan.


“Di mana kedudukan pekerja dalam hal ini, ini adalah satu tindakan biadab macam undang-undang ini bapa dia yang punya…..pekerja ada hak ke atas syarikat dan ini merupakan satu pencabulan hak pekerja,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah Biro Pekerja PKR berkata demikian kepada para pemberita dalam satu sidang media dipremis syarikat itu di Ulu Klang, dekat sini hari ini.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali dan Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin.
Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada minggu lalu telah memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerja ekoran masalah kewangan dihadapinya.
Abdullah Sani berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian.
Beliau juga menggesa Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama Sdn Bhd membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Presiden kesatuan itu, Zainal Awit yang turut hadir dalam sidang media sekali lagi meminta Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja-pekerja.
Semalam kira-kira 200 pekerja Dawama mengadakan protes dan mendesak Muhyiddin campur tangan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/02/dawama-biadab-langgar-hak-pekerja/

2 comments:

  1. tak apa lah di berikan cuti tanpa gaji -- bahasa lembut adalah di buang kerja lah tu --hak melayu n pekerja melayu ????????????/ perkasa n peekembar tak buat demo dalam senyap ???????

    ReplyDelete