Tuesday, February 1, 2011
KENYATAAN MEDIA KESATUAN & PERSATUAN TENAGA NASIONAL BERHAD BERHUBUNG PERLANTIKAN CEO TNB
Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB), Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB) yang mewakili lebih 24 ribu pekerja telah memajukan surat bertarikh 18 Januari 2011 kepada Perdana Menteri menyatakan pendiriannya berhubung perlantikan CEO TNB berikutan menjelang tamatnya kontrak 7 tahun perkhidmatan Dato’ Sri Che Khalib pada Jun 2011. Kesatuan dan Persatuan TNB berpendirian dan memohon supaya Perdana Menteri dan kerajaan mempertimbangkan perlantikan CEO TNB dibuat dari kalangan Pengurusan Dalaman TNB sendiri.
Kesatuan dan Persatuan TNB yakin Pengurusan Dalaman TNB mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk menerajui semula TNB berasaskan kepada semangat kerjasama dan pencapaian yang ujud sejak sekian lama. Amatlah penting bagi kerajaan melihat semula kemampuan dan memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada segala usaha yang telah dilakukan oleh pekerja dan Pengurusan Dalaman TNB setelah TNB berjaya menjadi salah satu Syarikat terunggul di Asia.
Pendirian Kesatuan dan Persatuan ini adalah juga selari dengan kandungan surat berkaitan isu-isu kepimpinan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pertemuan dengan Perdana Menteri pada 4 November 2009 di Parlimen dan 6 Januari 2010 di Putrajaya. Langkah kerajaan mengembalikan semula kepimpinan dalaman bagi menerajui syarikat GLC seperti yang disarankan oleh Mantan Perdana Menteri-Tun Dr. Mahathir dan telah dilakukan di PETRONAS amatlah dialu-alukan dan seharusnya diperluaskan perlaksanaanya ke TNB dan syarikat-syarikat GLC lain.
Pihak Kesatuan dan Persatuan TNB juga berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri dalam tempoh masa terdekat untuk memberikan penjelasan terhadap permohonan dan pendirian ini.
18 Januari 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DCK sepatutnya dinaikkan pangkat oleh kjaan ke Khazanah atau agensi PEMANDU tp sayang kerana talent yg ada sebagai pemenang CEO terbaik negara tidak diberi pengiktirafan sewajarnya oleh kjaan
ReplyDelete