2011/01/28
KUALA LUMPUR: Makmal gaji minimum yang diwujudkan Kementerian Sumber Manusia akan memulakan rundingan dengan pelbagai pihak, khususnya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menaungi 260 kesatuan sekerja dengan keahlian lebih 500,000 orang, awal bulan depan.
Makmal tiga hari pada 8, 11 dan 14 Februari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji pokok minimum sebanyak RM900 sebulan.
Difahamkan hasil makmal akan dimanfaatkan bagi menggubal Akta Gaji Minimum 2011.
Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata selain kesatuan sekerja, makmal itu dijangka turut disertai wakil beberapa kementerian berkaitan dan majikan.
Katanya, perbincangan yang bakal menyentuh pelbagai aspek dijangka memberi satu keputusan terbaik terhadap cadangan yang dikemukakan MTUC sejak lebih 10 tahun lalu.
“Selain gaji minimum, MTUC juga berharap pekerja swasta diberi faedah elaun sara hidup seperti dinikmati kakitangan kerajaan.
“Tuntutan akan hanya difokuskan selepas cadangan penetapan gaji minimum diputuskan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan tetap meneruskan usaha melaksana cadangan penetapan gaji minimum dan cuba meyakin-kan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengenai kepentingan dasar itu walaupun dibantah.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gajiminimumdibincangbulandepan/Article/
No comments:
Post a Comment