Oleh G. Manimaran
November 13, 2011
Menurut Solomon, Hong Leong mendakwa ia telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk program VSS tersebut. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) dengan keras menolak skim pemisahan secara sukarela (VSS), yang dilaksanakan Hong Leong Bank Berhad awal bulan ini ekoran penggabungan dengan EON Bank Berhad, tanpa perbincangan teratur bersama kesatuan pekerja.
Selain itu, NUBE juga menegaskan pihaknya kecewa perkara tersebut dilaksanakan ekoran kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja — agensi-agensi yang sewajarnya tidak campur tangan ataupun memberi lampu hijau bagi pelaksanaan VSS.
“Kami dimaklumkan oleh pengurusan Hong Leong Bank bahawa VSS ini mendapat kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja sedangkan mengikut peruntukan dalam Perjanjian Bersama (CA), hanya kesatuan sekerja merupakan pihak tunggal boleh mengadakan perbincangan dan memberi pendirian, bukannya Bank Negara atau Kementerian Sumber Manusia sebagaimana didakwa oleh pengurusan bank,” kata Setiausaha Agung NUBE J Solomon ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ekoran penggabungan kedua-dua bank lebih tiga bulan lalu, dengan mengekalkan nama Hong Leong Bank, terdapat sekitar 12,000 tenaga kerja pada masa sekarang.
The Malaysian Insider difahamkan sebelum penggabungan, Hong Leong Bank mempunyai 6,000 pekerja manakala EON Bank pula 5,800 orang.
NUBE, yang mewakili pekerja-pekerja kategori perkeranian, sebelum ini mempunyai 3,000 ahli di EON Bank dan 1,000 lagi Hong Leong Bank.
Laporan media sebelum ini menyebut, dengan penggabungan ini, sebanyak 145 cawangan EON Bank akan diintegrasikan dengan Hong Leong Bank, sekali gus menjadikan ia bank kedua terbesar dari segi rangkaian di negara ini dengan mempunyai 329 cawangan dan lebih 1,400 terminal layan diri.
“NUBE dengan keras membantah VSS yang dilaksanakan oleh Hong Leong Bank. Bank mendakwa wujud lebihan pekerja ekoran penggabungan antara EON Bank Berhad.
“Apa yang tidak menyenangkan ialah Hong Leong Bank mendakwa VSS ini telah mendapat kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja telah meluluskan VSS ini,” katanya lagi.
Kata beliau, Hong Leong mempunyai kapasiti kewangan yang baik dan oleh itu tiada alasan ia harus mengurangkan bilangan pekerja.
“Malah ia juga bertentangan dengan janji ketika melaksanakan proses pengambilalihan dan penggabungan dengan EON Bank,” kata Solomon.
Sambil menegaskan pengurusan bank tidak boleh menguatkuasakan VSS secara sembarangan, Solomon berkata, dasar itu telah dilaksanakan mulai awal bulan ini.
Kata beliau, pada pandangan mereka ini kali pertama VSS sedemikian dilaksanakan tanpa mengadakan perbincangan teratur dengan NUBE.
“Memang ada urusan penggabungan sebelum ini dan ada langkah pengurangan tenaga kerja, tetapi ia tidak pernah dilakukan tanpa perbincangan dengan kesatuan sekerja ataupun Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja sendiri yang memberi kelulusan... ini kali pertama keadaan ini berlaku dan saya risau ia akan menjadi teladan tidak sihat dalam industri,” kata beliau menjawab soalan berkenaan pengalaman masa lalu.
Pertengahan tahun ini, pekerja-pekerja EON Bank menerima surat jaminan penyambungan kerja bersama Hong Leong Bank.
Mengulas lanjut, Solomon mengakui pihaknya ada menerima surat makluman pada petang 25 Oktober lalu bahawa pengurusan Hong Leong mahu mengadakan pertemuan dengan NUBE pada 31 Oktober bagi membincangkan perkara tersebut, tetapi disebabkan cuti Deepavali dan pegawai-pegawai kanan kesatuan akan berada di luar negara, “kami telah meminta pertemuan hanya diadakan pada 4 November.”
“Malangnya pada pertemuan 4 November, kami dimaklumkan bahawa VSS sudah dilaksanakan, dan sebab sudah pun menerima kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja,” kata Solomon lagi.
“Jika ini benar, kami hendak bertanya kepada Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja, bagaimana dan mengapa mereka boleh bertindak sedemikian. Bukankah mereka juga bertanggungjawab menjaga kepentingan pekerja? Bank Negara tiada kuasa, mengapa pekerja-pekerja kumpulan bawahan dimangsakan?” kata beliau.
NUBE juga telah menulis surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Sh Yahya Sh Mohamad Rabu lalu mengenai isu ini dan kepada Bank Negara minggu ini.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nube-hong-leong-bank-tidak-boleh-beri-vss-sembarangan/
bagus.... memang bagus....
ReplyDeletebuat lah sesuka hati lagi
sombong lagi
Salam Pekerja
ReplyDeleteMenyentuh mengenai dengan piket baru-baru ni, saya selaku salah seorang Majlis AM MTUC amat tidak berpuashati dengan proses, cadangan dan susunan piket yang diadakan.
1. MENGAPA & KENAPA baru kini PIKET diadakan setelah perkara @ akta tersebut hendak dibentangkan di Parlimen?
2. MENGAPA tindakan awal (dalam masa 18x) perbincangan diadakan bersama pihak Kementerian namun tiada satu respon awal diberikan?
3.Pada tarikh 3 Nov 2011, MENGAPA MTUC yang kononnya tidak terlibat dengan HALUAN KIRI menjemput barisan Ahli Parlimen Pembangkang untuk sertai PIKET tersebut? APAKAH RELEVENNYA?
4. ADAKAH ANDA SEMUA TAHU BAHAWA PADA 23 OGOS 2011 YANG LALU, MTUC TELAH "DISUAP" RM 400,000.00 DARI KERAJAAN @ UMNO? KHALID ATAN, JAAFAR MAJID TELAH MENERIMA DUIT TERSEBUT!
5. MENGAPA sekarang ini MTUC seoalah-olah "BERLAKON" yang kononya membela nasib pekerja? sedangkan banyak sudah perjumpaan bersama PM, TPM, dan Menteri telah dibuat selama ini (DENGAN KEPIMPINAN BARU) ADAKAH mereka ini berbincang atau sekadar MINUM KOPI??
6. Sedih dan sungguh terkilan dengan sikap HIPOKRAT pemimpin MTUC kini, lebih2 lagi Jaafar Majid, yang kini sedang heboh melobi dirinya untuk mendapatkan tempat sebagai SENATOR? Adakah adil? dimanakah sikap tanggungjawab pemimpin MTUC???
PEMIMPIN TERTINGGI MTUC SILA JAWAB JIKA BERANI!!