Saturday, November 12, 2011

KEMENANGAN 3 WIRA PEKERJA:PENGASAS KESATUAN SEKERJA GUPPY PLASTIC INDUSTRIES


Tuesday, 08 November 2011

Pada 14 December 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati pembuangan kerja 3 pemimpin Kesatuan Guppy ini adalah tidak adil, terlalu keras dan salah! Satu kemenangan besar kepada pekerja-pekerja ini yang telah menghadapi pelbagai ancaman dan gangguan dari majikan mereka sejak kesatuan sekerja di tubuhkan pada tahun 1998.
Kesatuan Pekerja-pekerja Guppy Plastik Industries Sdn Bhd yang didaftarkan pada 27 April 1998 adalah unik kerana keseluruhan kepimpinannya terdiri daripada wanita. Namun mereka digeruni oleh pihak syarikat sehingga
· Pengerusi Kesatuan, Sdri. Koyilvani dipecat kerja dalam masa 24 jam atas tuduhan melakukan aktiviti-aktiviti ‘anti-syarikat’ pada 18 Jun 1998
· Penolong Pegerusi, Sdri Rahimah digantung kerja 2 kali, pada 4 Jun 1998 dan 25 Ogos 2001
· Setiausaha, Sdr. Roshamiza dipecat kerja dalam masa 24 jam atas tuduhan melakukan aktiviti-aktiviti ‘anti-syarikat’ pada 18 Jun 1998
· Bendahari, Pn. Kanniamah dipecat kerja dalam masa 24 jam atas tuduhan melakukan aktiviti-aktiviti ‘anti-syarikat’ pada 18 Jun 1998.
· Penolong Bendahari, Visaletchumy digantung kerja 2 kali, pada 4 Jun 1998 dan 25 Ogos 2001

Tuduhan-tuduhan palsu dilemparkan ke atas mereka, antaranya memaksa pekerja menyertai kesatuan dan menyalahgunakan wang sehingga polis dibawa masuk untuk menangkap 2 orang pegawai kesatuan tersebut. Lebih daripada 20 aduan di buat kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) oleh pihak kesatuan terhadap pihak majikan yang memangsakan ahli-ahli kesatuan.
Pada 24/6/1998 hampir 100 pekerja Guppy menandatangani petisyen membantah pemecatan 3 pegawai kesatuan tersebut.

Sokongan pekerja-pekerja ini telah menguatkan lagi semangat pemimpin-pemimpin kesatuan yang telah meneruskan perjuangan mereka selama ini. Beberapa kemenangan hasil perjuangan kental pekerja-pekerja ini ialah:
· 2 pegawai kesatuan yang digantung kerja menang kes di Mahkamah Perusahaan pada 5/1/2006 dengan masing-masing menerima pampasan tapi mereka dilarang mengumumkan jumlah yang diterima kepada awam!
· Kesatuan memfail kes di mahkamah perusahaan terhadap Guppy Plastic Industries yang memangsakan ahli-ahli kesatuan. Kesatuan menang. Pada 4/12/2007, presiden Mahkamah Industri, Dato Umi Kalthum bin Abdul Majid mengumumkan, “Whether you like it or not Mr. Goh (the management), trade unions are here to stay, and you have to accept the existence of the Kesatuan Pekerja pekerja Guppy Plastic Industries”.
· Kempen membantah pelaksanaan Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan pada tahun 2000 yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955 dan Perlembagaan Persekutuan Negara. Antara isu-isu tersebut ialah berkaitan notis penamatan, waktu bekerja, dan diskriminasi umur persaraan antara lelaki dan wanita. Perkara ini di bawa ke perhatian JPP, JB dan KSM.
· Pada 6-5-2008 pula dalam Kes Pemangsaan Kesatuan, mahkamah meminta majikan memberi lebih ruang kepada kesatuan untuk berfungsi termasuk menyingkirkan peraturan-peraturan dalam Buku panduan pekerja yang menghalang aktiviti kesatuan. Pekerja migran boleh jadi ahli kesatuan. Majikan setuju untuk membina hubungan dengan Jawatankuasa Kesatuan (Baru).
· Jun 2001, 30 pekerja wanita dihentikan kerja dalam masa 24 jam, kononnya mereka sudah mencapai umur persaraan, 50 walhal ketika itu umur mereka lebih daripada itu! Kesatuan fail kes di JPP untuk 9 orang pekerja dimana mereka menang di Mahkamah Perusahaan [No. 26 (14)/4-244/05, Award No. 1147]. Pada 18/4/2008, Pengerusi Mahkamah Industri Rajandran Nayagan berkata “The Industrial Court will show the way and make a ruling which will be useful to society “ Do you know how a civilized society is gauged? It is gauged by how it treats women in society.”
Namun mereka kalah di Mahkamah Tinggi, kini kes di Mahkamah Rayuan.

KES KEMENANGAN 3 ORANG PEMIMPIN KANAN KESATUAN SEKERJA GUPPY

· Pada 27 Apr 1998, tujuh orang wanita berani telah memulakan satu kesatuan Sekerja untuk membela nasib pekerja yang menghadapi pelbagai masalah anataranya gaji rendah
· Pada 4 Jun 1998, kesemua 7 orang daripada mereka digantung kerana dikatakan menjalankan aktiviti anti Syarikat pada hal sebenarnya mereka digantung kerja kerana terlibat dalam menubuhkan Kesatuan Sekerja
· Pada 18 Jun 1998, tiga orang pemegang utama iaitu Koyilvani (bekerja di Guppy sejak 4/7/1989), Roshamiza (sejak 12/4/1993) dan Kanniamah (sejak 16/7/1991) telah disingkirkan terus tanpa diadakan sebarang siasatan dalaman (domestic inquiry)
· Pada 30/9/1998, kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Perindustrian.
· Setelah beberapa kelewatan, akhirnya kes mereka dibicarakan buat kali kedua bermula pada 26 Julai 2004 dihadapan Pengerusi Mahkamah preindustrial Puan Soo Ai Lin.
· Mereka akhirnya kalah pada 31 Mei 2006 di mahkamah Perindustrian
· Mereka membuat rayuan pada 19 July 2006 di mahkamah tinggi dimana peguam mereka adalah Edward Saw Keat Leong.
· Perbicaran kes di mahkamah tinggi kemudian berlaku dan mereka akhirnya mendapat kemenangan pada 14 Dec 2009 apabila Hakim Mahakmah Tinggi Mohamad Ariff bin Md. Yusof memutuskan mereka menang dan merujuk kes balik ke Mahkmah Perindustrian untuk pengiraan pampasan dan gantirugi,
· Walaupun mereka menang, tetapi majikan mula mengertak mereka dan berkata dan meminta mereka mengambil peratusan yang kurang dan merahsiakan kemenangan mereka dan jika mereka enggan merahsiakan kemenangan mereka, maka Syarikat akan membuat rayuan di mahkamah rayuan dan ini mungkin akan mengambil lebih masa lagi
· Pada 30 Okt 2011, 3 orang pekerja ini merasakan bahawa pembuangan kerja mereka adalah tidak sah.
· Mereka merasakan bahawa kemenangan mereka mesti dihebohkan kerana akhirnya mahkamah Tinggi menyebelahi mereka .
Kes ini amat signifikan
1. Kerana mengatakan seorang pekerja yang dibuang kerja, hanya mampun mendapat pembelaan selepas 13 tahun dan itupun belum tentu
2. Amalan memangsakan pemimpin Kesatuan Sekerja amat ketara dan berleluasa tetapi isu ini tidak diberikan keutamaan yang sewajarnya
3. Tiga orang wanita biasa ini membuktikan kepada Syarikat mereka yang cuba membuli mereka dan memeras mereka bahawa mereka tidak boleh diumpan kerana wang sahaja. Mereka mempunyai maruah dan harga diri. Wang bukan segala-galanya dan hari ini mereka memberanikan diri dan memberi satu mesej yang cukup jelas bahawa kaum pekerja mesti berani melawan Majikan mereka yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit hanya kerana beliau tidak mahu satu Kesatuan Sekerja di kilangnya.
4. Syarikat-syarikat ini juga mendapat pembelaan dari Undang-undang buruh yang tidak pro pekerja

No comments:

Post a Comment