Saturday, August 13, 2011

Wake Up MTUC...Honeymoon time was over..time to do your work!

Terpanggil dengan isu & kemelut yang dihadapi RUM berkaitan isu Presiden KTMB, saya cukup bangga dengan RUM kerana mereka berjuang bermati-matian menentang kemungkaran dan keegoan Presiden KTMB.Cuma agak rasa terkilan atas peranan Labour Center-MTUC dalam membantu menyelesaikan permasalahan Union Gabungan. Union saya adalah affiliates kepada Public Services International (PSI). Lazimnya jika union gabungan PSI ada masalah yang sedang dihadapi,maka PSI akan bantu dengan meminta semua affiliates menghantar surat sokongan pada Union terlibat & protes pada majikan sebagai tanda SOLIDARITY tetapi saya tidak melihat amalan yang sama dilakukan oleh MTUC dalam masalah yang dihadapi ahli gabungan. SOLIDARITY tidak sepatutnya hanya menjadi slogan tetapi perlu diterjemahkan pada tindakan. Hanya ITF sahaja yang sensitive terhadap ahli gabungannya RUM. MTUC kini dilihat lebih mengambil sikap ‘masalah engkau, masalah engkau dan masalah aku, masalah aku!’ MTUC sewajarnya mengeluarkan surat edaran meminta ahli gabungan menyatakan sokongan pada union yan bermasalah. Meskipun Presiden MTUC hadir dalam piket RUM tetapi majoriti angkatan Pegawai Utama MTUC tidak hadir menyatakan sokongan.

Meskipun sebelum ini , pimpinan baru MTUC telah mengatur langkah mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan KSU,KP JPP,Timbalan Menteri Sumber Manusia, Menteri Sumber Manusia, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri tetapi networking yang ada ini gagal dimanfaatkan untuk membantu mengatasi masalah pekerja. Malahan MTUC sendiri turut hadir dalam perjumpaan dengan Sekretariat Pemuda UMNO bagi membina jambatan kerjasama hingga termakbulnya impian sesetengah pihak yang melaungkan MTUC adalah berprinsip kepada Apolitical tetapi Majlis Makan Malam Hari Pekerja yang diadakan di Dorset Hotel dengan sendirinya menelanjangkan wajah MTUC yang baru.

Dalam perkiraan saya ada sekurang-kurangnya 5 union sedang bergelut dengan majikan masing-masing. RUM, Airod Executive Union, NUBE, Kesatuan Elektronik Wilayah Barat & NUJ (Bukan ahli gabungan MTUC). RUM berdepan dengan majikannya, Airod juga dengan majikannya dimana 14 pemimpin Kesatuan termasuk Presidennya dibuang kerja kerana melakukan piket, Presiden Kesatuan Elektronik Wilayah Barat pula sedang dihadapkan ke DI kerana posting di FB nya yang dikatakan merosakkan imej syarikat dan terdapat fakta bukti kukuh bahawa ianya menjurus kepada DI yg tidak adil dan berkemungkinan dibuang kerja (kesatuan ini juga sedang hadapi masalah recognition oleh majikannya). Hanya NUJ yang bukan ahli gabungan MTUC yg mana Presidennya –Hatta Hawari dibuang kerja setelah DI yang tidak adil dijalankan atas alasan merosakkan imej syarikat.

Memang benar DI adalah masalah dalaman union dan syarikat ttp sewajarnya ada usaha dilakukan berterusan bagi membantu mencari penyelesaian. Sesi perjumpaan atau lawatan pemimpin Utama MTUC bersama majikan dan pihak Kementerian sepatutnya dari awal-awal lagi telah diusahakan. Labour Center tidak boleh berdiam diri dikala ahli gabungan ditekan oleh majikan.

Mengapa MTUC tidak menyediakan laporan bertulis penuh terhadap kesemua kes ini pada Kerajaan, MP, Senator dan Menteri Sumber Manusia? Mengapa MTUC tidak panggil mesyuarat J/Kuasa IR utk bincangkan hal ini supaya langkah dapat diatur utk membantu atasi masalah yg ujud. Mengapa biarkan Kesatuan masing2 diperlekehkan oleh majikan?

MTUC juga sepatutnya boleh gunakan semua saluran networking yg ada dengan berjumpa Parlimen Backbenchers Club, Ahli MP, Kaukus Pekerja Parlimen dan brief mereka tentang situasi yang makin menghimpit Kesatuan Sekerja. Jika Labour Center berterusan mengambil pendekatan sebegini, maka saya yakin akan banyak Union & pemimpinnya diperlekeh dan ditindas majikan. Perlu diingat ahli gabungan sentiasa menilai apa yang dilakukan oleh Labour Center. Desas desus hebat mengatakan terdapat pelbagai keresahan ahli gabungan terhadap halatuju MTUC yang kian dilihat lemah dan tak bermaya serta gagal menyediakan plan of action dalam mengendalikan isu-isu pekerjaan termasuklah ‘terlepasnya’ bill National Wages Council dibahaskan di Parlimen yg kononnya kemudian dikatakan TIDAK mendapat restu MTUC & MEF. Malangnya hubungan baik pimpinan MTUC sekarang dan kerajaan telah menyaksikan tergadainya National Wages Council Act diluluskan di Parlimen tanpa persetujuan Ahli Majlis Am dan MTUC. Meskipun Mesyuarat Majlis Am Khas telah memutuskan beberapa tindakan susulan yang perlu diambil MTUC terhadap isu National Wages Council Bill tetapi hingga kini tiada sebarang makluman tindakan yang dimaklumkan.

Sebaliknya MTUC Selangor/Wilayah Divison telah mempelopori usaha memperjuangkan isu National Wages Council Bill dengan mengadakan pelbagai pertemuan dengan ahli-ahli MP serta mengeluarkan kenyataan akhbar. Mereka juga lantang menghantar surat terus ke Menteri Sumber Manusia dengan menyatakan detail perkara-perkara yang perlu diambil perhatian & tindakan oleh kerajaan terhadap Bill National Wages Council serta Akta Kerja.

Dalam perjuangan Kesatuan, pemimpin tidak sepatutnya menunggu hingga drama selesai dan kemudian baru hendak bertanya apa jalan cerita sebenar drama yang dilakonkan. Selepas ini Contract For Labour dan hal-hal berkaitan pekerjaan seperti dalam cadangan pindaan Akta Kerja (yang ditangguhkan bacaannya pada sesi Parlimen July) akan menyusul dan malangnya MTUC masih lagi gagal belajar dari kealpaan demi kealpaan yang berlaku hingga merugikan kaum pekerja. Sesuatu perlu dilakukan dalam membangkitkan Labour Center dari tidur dan kembali semula keasas yang betul dalam memartabatkan kaum pekerja.

Penulis adalah Naib Presiden MTUC (Sektor Swasta)

No comments:

Post a Comment