Thursday, August 11, 2011

14 Pemimpin Kesatuan termasuk Presiden AIROD Executive Union di BUANG KERJA!

MAJIKAN tidak menunaikan "sepenuhnya" perjanjian Letter Of Exchange yang di tandatangani oleh kedua-dua pihak pada 28hb Feb 2011. Akibatnya beberapa orang ahli tidak dibayar tunggakan Gaji tahunan untuk tempuh 2009-2010.

Ada juga yang di bayar tunggakan gaji tetapi tunggakan kerja lebih masa dan elaun tetap masih tidak dibayar. Walaupun perbincangan antara Kesatuan Eksekutif AIROD dan Majikan/CEO berjalan hingga ke saat akhir sebelum piket; namun tiada kepastian rasmi (official assurance) dari majikan untuk membayar tunggakan-tunggakan selebihnya.

Pada 15hb Jun 2011, kesemua 14 orang yang terlibat dengan Piket tersebut telah di beri surat tunjuk sebab kerana kononnya telah terlibat dengan piket yang " tidak sah / illegal "; juga telah digantung kerja dan di potong gaji 1/2 selama dua minggu. Pada 5hb Julai - Siasatan Dalaman telah mula dijalankan dan berakhir pada 22hb Julai 2011. Walaupun DI dijalankan bertentangan dengan "natural justice" namun pihak majikan tetap meneruskan juga DI tersebut dan Kesatuan percaya ada unsur-unsur "mala fide" dalam kes ini. Saksi-Saksi pengurusan telah tidak hadir untuk tujuan ‘Pemeriksaan Semula’ dalam sesi DI tersebut.

Sementara menuggu keputusan DI pengantungan untuk kesemua mereka masih berjalan. Pihak
Kesatuan, pada 27hb Jun 2011; juga telah membuat aduan kepada KSM mengenai pelanggaran
Seksyen 4 & 5 oleh AIROD yang kini masih dalam peringkat runding damai.


Akhirnya pada 8 Ogos 2011 kesemua 14 orang yang telibat dengan piket tersebut termasuk Presiden dan ahli majlis Executive AIROD Executive Union telah di buang kerja. Kini mereka sedang berhadapan dengan proses Runding Damai melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan dan jika proses ini gagal maka mereka terpaksa menunggu masa yang lama bagi Menteri Sumber Manusia memutuskan samada merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan ataupun tidak.

Semua proses ini akan mengambil masa yang lama dan kerajaan melalui Menteri Sumber Manusia wajib camportangan untuk menyelesaikan pertikaian ini bagi membuktikan kerajaan tidak memihak kepada majikan mahupun anti kepada gerakan Kesatuan Sekerja.

2 comments:

  1. bodoh, piket buat apa, bukak la kompeni sendiri ngok

    ReplyDelete
  2. Ntah bila majikan di malaysia ni menghapuskan amalam YES BOSS... Buka lah minda tu sikit..

    ReplyDelete