Tuesday, June 19, 2012
PENGELUARAN KWSP DISELARAS DENGAN USIA PERSARAAN 60 TAHUN??? BANTAH DAN TERUS BANTAH!!!
Dua bukti nyata yang dipaparkan di blog ini jelas menunjukkan kerajaan telah merangka cadangan untuk memansuhkan pengeluaran KWSP pekerja dari akaun 1 pada usia 55 tahun kepada usia 60 tahun bagi menyelaraskan dengan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012.
Akhbar media kerajaan - Berita Harian bertarikh 15/6/2012 melaporkan dan cuba mengelirukan pembaca dengan memaparkan dengan tajuk besar '50 TAHUN KEKAL' tetapi dalam masa yang sama melaporkan 'Pada masa sama pengeluaran penuh hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun, berbanding 55 tahun sekarang'. Berita tersebut dipetik dari Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar.
Selain itu akhbar Harian Express Sabah pula melaporkan Ahli Parlimen Sepanggar, Sabah - YB Eric Majimbun telah mendapat jawapan bertulis dari pihak Kementerian Kewangan dalam sesi parlimen pada 20 Mac 2012 yang mengesahkan kerajaan akan melanjutkan usia persaraan dan pengeluaran KWSP ke 60 tahun.
Ternyata dengan kedua-dua bukti tersebut, kerajaan sudah membuat perancangan awal untuk membatalkan pengeluaran KWSP pekerja pada usia 55 tahun dengan menggantikannya ke usia 60 tahun! Menteri Sumber Manusia sudah tentu akan menafikan hal ini kerana ianya dijangka akan mendapat tentangan dari kalangan pekerja dan juga aktivis pekerja.
Terkini Presiden MCA - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu pekerja sektor swasta diberi pilihan mengeluarkan simpanan mereka dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) apabila mencapai usia 55 tahun sekiranya usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
Beliau berkata ini kerana ada pekerja memerlukan wang simpanan mereka untuk Memenuhi keperluan mendesak seperti membiayai pendidikan anak dan penjagaan kesihatan ibu bapa, manakala ada pula yang berpendapat mereka wajar dibenar membuat pilihan mengenai masa untuk mengeluarkan simpanan masing-masing.
“KWSP perlu melihat undang-undangnya yang sedia ada, tapi sebagai parti politik, pendirian kami ialah mereka (pekerja) perlu diberi pilihan mengeluarkannya pada usia 55 tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di ibunegara pada 19 Jun 2012.
Jika Menteri Sumber Manusia menafikan berita ini dan menuduh ada pihak-pihak sengaja mensensasikannya, maka beliau sewajarnya mengambil tindakan terhadap akhbar tersebut dan merujuk semula kepada pihak KWSP serta Kementerian Kewangan yang dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Kerajaan tidak sepatutnya 'mengambil kesempatan' dari cadangan pelaksanaan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 dengan mengubah sesuatu yang melibatkan simpanan dan tabungan pekerja. Kerajaan wajar menimbangkan untuk membenarkan proses pengeluran sediada dikekalkan kepada mereka yang memilih persaraan pilihan 55 dimasa depan. Sepatutnya kerajaan boleh mengujudkan satu peruntukan akaun berasingan yang baru khas untuk caruman KWSP selepas usia 55 hingga 60 tahun seperti yang sedang diamalkan sekarang untuk kelompok pekerja yang meneruskan perkhidmatan selepas usia 55 tahun.
Tindakan mengujudkan 'option' kepada pengeluaran KWSP juga dilihat lebih praktikal dalam menyelesaikan permasalahan komitmen kewangan pekerja yang akan bersara pada usia 55 tahun. Kebanyakan pekerja swasta bergantung harapan kepada simpanan KWSP untuk menampung beban kewangan pelajaran anak-anak, perubatan dan perancangan pasca persaraan. Bayangkan jika sesorang pekerja kilang terpaksa bekerja sebagai 'production line' dan bekerja berdiri hingga usia 60 tahun (terutama pekerja wanita) semata-mata kerana 'terikat' dengan kehendak peraturan jika dilaksanakan pengeluaran muktamad KWSP pada usia 60 tahun. Ianya juga akan mengujudkan situasi tidak produktif kerana pekerja terpaksa bekerja BUKAN untuk meningkatkan produktiviti tetapi hanya disebabkan kegagalan mengeluarkan KWSPnya.
Dengan cara ini semua pihak akan merasa lega..hak pekerja dijamin..dan isu pekerja bila bersara akan cepat habis wang KWSP cepat dapat diatasi.
Dari perkembangan mutakhir isu Usia Persaraan Minimum 2012 dan hubungkaitnya dengan pengeluaran KWSP...Pekerja sewajarnya sudah dapat meneka mengapa slogan KWSP sejak dahulu- 'Simpanan Hari Tua' dan bukannya 'Simpanan Hari Persaraan'
50 tahun kekal
Oleh Syed Azwan Syed Ali
2012/06/15
Pelarasan hanya babit pengeluaran penuh usia 60 sejajar pelaksanaan Undang-Undang
Umur Persaraan Minimum
KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih boleh mengeluarkan wang daripada Akaun Dua ketika mencapai umur 50 tahun walaupun umur persaraan minimum pekerja swasta ditingkatkan kepada 60 tahun mulai tahun depan.
Pada masa sama pengeluaran penuh hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun, berbanding 55 tahun sekarang. Peraturan itu selaras dengan penetapan umur persaraan minimum kakitangan swasta menerusi Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen kelmarin dan berkuat kuasa mulai Januari 2013.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, bagaimanapun berkata pihaknya memberi tempoh peralihan kepada 13 juta pencarumnya merancang kewangan persaraan mereka ketika menyelaras had umur pengeluaran 55 tahun kepada 60 tahun.
Kita akan mengambil kira semua maklum balas, namun memandangkan objektif umur pengeluaran 55 tahun bagi membiayai per-saraan, KWSP perlu menyelaraskannya dengan umur persaraan minimum berkenaan.
Dalam menguatkuasakan sebarang perubahan dalam umur pengeluaran, notis diberikan lebih awal bagi membolehkan pencarum merancang dan menyesuaikan persaraan mereka sewajarnya, katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata penetapan umur persaraan minimum itu memerlukan pindaan dan penyelarasan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Katanya, penetapan umur persaraan minimum 60 tahun akan membabitkan lebih 10 juta pekerja swasta yang sebelum ini tidak ada umur persaraan minimum.
Peningkatan umur persaraan minimum akan meningkatkan jaringan keselamatan sosial pekerja swasta yang bergantung kepada KWSP untuk faedah persaraan dan PERKESO. Caruman mereka bertambah lima tahun dengan simpanan lebih banyak. Kebajikan ketika persaraan lebih terjaga, katanya.
Maznah berkata, penetapan umur persaraan minimum itu juga sejajar dengan perubahan jangka hayat rakyat Malaysia yang meningkat kepada 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi perempuan.
Secara purata, jangka hayat penduduk Malaysia adalah 74 tahun dan angka ini jauh lebih tinggi daripada purata jangka hayat sebelum ini, katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/50tahunkekal/Article/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alasan dan fakta yang di berikan KWSP adalah tidak manasabah dan praktika; kerana pada hemat saya 5 tahun penambahan tidak akan mampu memberi solusi kepada kehabisan wang sara 3-10 tahun.
ReplyDeletea) KWSP perlu memyediakan platform( panduan, buku, atau kursus ) bagi mendorong dan membantu pencarum yang akan mencapai 55 thn
b) KWSP menubuhkan satu badan atau syarikat yang akan megawal selia dan membimbing pencarum yang memilih untuk memasuki alam perniagaan dengan wang simpanan mereka pada umur 55.