Monday, September 12, 2011

PENJELASAN PRESIDEN KONGRES KESATUAN-KESATUAN SEKERJA DALAM SYARIKAT GLC

Kepada :

Presiden/Setiausaha Agung Kesatuan Gabungan
- Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syrikat GLC
- Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

Assalaa mua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari,

Izinkan saya untuk memberitahu mengenai tertangguhnya Konvensyen Khas GLC 2011 dan sehingga tarikh ini kita masih lagi menunggu pengesahan tarikh dari Pejabat Perdana Menteri, Malaysia.

Seperti yang saudara/saudari sedia maklum pada 06hb. Januari 2010 seramai 15 orang pemimpin Kongres ini telah berjumpa dengan Y.A.B. Perdana Menteri di pejabatnya serta mengadakan perbincangan selama satu jam dan satu Memorandum telah disampaikan kepada Y.A.B. Perdana Menteri dan pada masa yang sama surat juga jemputan telah disampaikan kepada Y.A.B. Perdana Menteri untuk menghadiri Konvensyen, ketika itu Y.A.B. Perdana Menteri secara spontan menjawab, "Saya akan Hadir" Insya-Allah.

Pada awal bulan Julai 2010 pejabat Perdana Menteri memberitahu bahawa cadangan tarikh Konvensyen ialah pada 30hb. Ogos 2010 seterusnya Majlis Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC telahpun mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tarikh dan implikasinya, keputusan adalah seperti berikut:-

1. 30hb. Ogos 2010 masih dalam bulan Ramadan.
2. 30hb. Ogos 2010 sehari sebelum Hari Merdeka.
3. Ramai pekerja Islam telah mula mengambil cuti Raya untuk pulang ke kampung.

Berdasarkan sebab-sebab diatas Majlis Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC berpendapat bahawa tarikh tersebut tidak sesuai dan seterusnya memberitahu Pejabat Perdana Menteri bahawa kami memohon untuk menukar ke tarikh baru.

Selepas Hari Raya Tahun 2010 pihak Sekretariat terus menulis surat kepada pejabat Perdana Menteri bagi mendapatkan suatu tarikh baru bagi Konvensyen ini.

Pada awal bulan April 2011 saya telah memberitahu Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC bahawa Pegawai dari pejabat Perdana Menteri telah menghubungi saya dan mengesahkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri bersetuju menghadiri Konvensyen kita dan menjadi harapan Majlis ketika itu Konvensyen ini dapat diadakan selewat-lewatnya dalam bulan Jun 2011 malangnya ia tertangguh tanpa berita.

Isu-isu dalam Syarikat GLC dahulunya dikenali Syarikat-Syarikat yang diswastakan mendapat MANDAT daripada 300 perwakilan dari 50 buah Kesatuan Sekerja di persidangan ulung yang diadakan pada 16hb. Jun 2009 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Hari ini kita bercakap dengan MANDAT yang diluluskan oleh persidangan. Perwakilan dan Kesatuan Gabungan juga bersetuju bahawa Konvensyen GLC yang seterusnya dikendalikan oleh dua badan iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC dan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC).

Dalam masa yang sama, MTUC secara tiba-tiba bercakap mengenai isu-isu GLC, apa yang Kongres ini bangkitkan kepada Y.A.B. Perdana Menteri mereka juga membincang perkara yang sama. Nampaknya MTUC sudah mengambil alih tugas-tugas Kongres ini dan mereka juga mendakwa telah membincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia malah perkara ini dibincang melalui Sekretariat Pekerja Muda UMNO. Berita ini tersiar di akhbar tempatan pada 16.04.2011. Walhal mereka mempunyai ratusan isu masih belum diselesaikan sepatutnya mereka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isu-isu tersebut. Apa yang kita lihat sekarang macam ada sabotaj dalam perkara ini.

Dalam pada itu Kongres ini ucapkan Terima Kasih kepada Presiden CUEPACS Y.Bhg. Datuk Omar B. Osman dan mantan Presiden MTUC Tuan Syed Shahir Syed Mahmud kerana mereka ketika Penubuhan Kongres ini bersetuju bahawa isu-isu yang berkaitan Penswastaan dan GLC diwakili oleh Kongres ini.

Tujuan utama penubuhan Kongres ini adalah untuk menyatupadukan semua Kesatuan/Persatuan dari agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan yang mempunyai Keahlian lebih daripada 500 ribu orang. Kongres ini mempunyai harapan untuk bekerjasama dengan Kerajaan dengan mengadakan Sosial Dialog serta membawa isu-isu yang melibatkan hal ehwal pekerja terus kepada Kerajaan. Kongres ini yakin berbincang dengan Kerajaan adalah saluran yang tepat kerana kita yakin bahawa hanya Kerajaan saja yang boleh membuat apa-apa keputusan.

Kini, rata-rata pemimpin dari Kongres ini melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana sehingga hari ini Pejabat Perdana Menteri tidak memberi tarikh Konvensyen GLC yang dicadangkan perasmiannya oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Malaysia. Selaku Presiden Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC saya perlu memberi penjelasan ini kerana isu-isu ini sering di tanya-tanya oleh Kesatuan Gabungan ini sehingga sekarang.

Oleh kerana tarikh ini masih belum ada keputusan, oleh yang demikian pihak Sekretariat Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC mengambil keputusan untuk memulangkan wang kepada Kesatuan-Kesatuan yang telah membayar wang penyertaan.


Terima Kasih dan Salam Hormat



MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden
Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja
Dalam Syarikat GLC
&
Presiden
Majlis Perhubungan Rangkaian
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

Bangunan PSM, UNI Global Union-Malaysia
No. 17B, 1st Floor,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603- 2284 1232 / +603- 2284 2232
Fax : +603- 2282 0555
H/P : +6013- 393 0110
Email : unimlc@streamyx.com / bpshafie@tm.net.my / shafie@asetuc.org
Web : www.uni-mlc.blogspot.com

3 comments:

  1. memang patut pun kenyataan seperti ini Tuan keluarkan, MTUC sekarang ini pun sudah kehabisan idea dan hala tuju.

    Dulu isu Parti Politik "Pakatan" dikatakan kuat didalam MTUC, nah,, sekarang ini pula lebih teruk dan menjijikkan lagi, sampaikan KESEMUA majlis yang dibuat oleh MTUC dihadiri oleh pemimpin UMNO. Yang lebih mengecewakan golongan pekerja adalah, kepentingan DUIT dari KERAJAAN "UMNO" kini menjadi perjuangan MTUC bukannya kebajikan dan isu pekerja.

    Kita lihat sajalah dengan isu pembuang pekerja, AIROD, Syarikat Pencetakan, Driver Bus, KTMB dll, semuanya membisu seribu bahasa, adakah golongan tertinggi MTUC sudahpun DICUCUK hidungnya.

    Rata-rata ahli kini boleh menilai, kredibiliti seseorang pemimpin itu sendiri didalam MTUC. Mengapa semua ini boleh terjadi? pada saya, fokus utama MTUC tidak lagi boleh lari dari landasan yang sebenar, janganlah pemimpin yang ada diatas sana, MEGAH, SOMBONG, BONGKAK & TAKHBUR dengan jawatan yang ada. Ingatlah bahawa setiap yuran yang dibayar oleh Ahli itu perlu digunapakai bagi tujuan dan jalan yang halal.

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan kepada semua pembaca Blog ini.

    Saya amat bersetuju dengan pandangan dari saudara/saudari diatas. Cuma sedikit titipan untuk menyambung hujah diatas.

    MTUC kini tidak lagi berjaya menawan hati pekerja dan ahlinya.

    Sebagai contoh yang paling ketara sekali adalah seperti berikut :

    1. Isu DERMA/SUMBANGAN yang diterima dari UMNO-melalui Pemuda UMNO, apakah ini sebagai kayu pengukur kepada berjayanya sesuatu institusi kesatuan seperti MTUC?? Dengan hanya menganjurkan jamuan makan malam & selang beberapa minggu kemudian, tertampang didada akhbar menunjukkan gambar President & Timb. Presiden MTUC menerima replika cek dari UMNO?? adakah ini pejuangan MTUC? isu yang sedang dan hangat sedang ligat bermain didada akhbar, namun tiada satupun respon diterima dari MTUC, adakah pemimpin no 1 & 2 MTUC sudah dibayar untuk menutup mulut mereka??

    2. Kini didalam MTUC sedang hangat membincangkan satu ISU PANAS yang sehingga kini masih lagi belum diselesaikan dengan AMAN, isu tersebut adalah KERUSI LEMBAGA PENGARAH yang ditawarkan kepada MTUC, rata-rata pemimpin yang paling lantang dalam isu ini adalah Timb Presiden MTUC "Jaafar Majid". dia ini dikhabarkan amat tidak berpuas hati dengan jawatan Lembaga Pengarah yang diberikan kepadanya, dan kini sedang membuat satu pakatan untuk mejatuhkan Presiden - Khalid Atan. Dia mahu sekurang-kurangnya 5 KERUSI LEMBAGA PENGARAH DIBERIKAN KEPADANYA !!!, apakah perkara ini yang sibuk dicanangkan oleh pemimpin tersebut?? tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  3. SHABAS DAN TERUSKAN PERJUANGAN KAMI "200,000 ORG PESARA GLC DI BELAKANG ANDA.SEKARANG ADALAH KESEMPATAN TERBAIK SEBELUM
    PILIHANRAYA UNTUK BERUNDING DG PM.
    INGAT!"200,000 PESARA GLC BERDEPAN DG TEKANAN HIDUP"
    ***DLM KERATAN AKHBAR***
    DI DOAKAN SEMUGA PERJUANGAN ANDA MENDAPAT KEJAYAAN DAN MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH DUNIA AKHIRAT.
    T/KASIH.

    ReplyDelete