Saturday, April 14, 2012

PERODUA MAKIN PANAS.......................


15 April 2012 : Kilang PERODUA di kawasan perindustrian Rawang sedang berdepan dengan kemungkinan tindakan piket besar-besaran melibatkan 3 Kesatuan Pekerja-Pekerja yang didokongi sokongan padu keahlian seramai lebih enam ribu. Tiga Kesatuan tersebut iaitu Kesatuan Perodua Engine, Kesatuan Perodua Sales dan Kesatuan Pekerja-Pekerja PERODUA telah mengadakan sesi perhimpunan pada 6 April bertempat di kilang mereka untuk memberikan taklimat dan penerangan kepada ahli-ahli mereka .
Sumber malaporkan krisis Kesatuan Pekerja-Pekerja Perodua dan majikan mereka berpunca dari tindakan Syarikat melalui Mr Morita - Managing Director dari Jepun yang baru dilantik ke kilang tersebut. Kilang PERODUA mempunyai rekod perhubungan perusahaan yang baik sejak tertubuhnya kesatuan di kilang tersebut. Kesatuan menuntut supaya satu rundingan diadakan segera berhubung isu-isu arahan Mr Morita yang dianggap menindas pekerja.
Syarikat dilaporkan telah menghadkan dan menentukan masa serta mengarahkan penggunaan pass khas untuk pekerja Islam menunaikan sembahyang . Mereka juga mengarahkan menutup urusniaga kantin pada waktu bekerja dan melarang pekerja membawa bekalan makanan dari rumah atau luar kilang.

Malahan lebih buruk lagi telah memperkenalkan pass khas untuk pekerja pergi ke tandas dalam masa yang singkat dengan tujuan melarang dan menghadkan pergerakan pekerja dari satu unit ke satu unit lain. Pengawal Keselamatan juga diarahkan mengambil tindakan terhadap pekerja yang meninggalkan unit semasa bekerja.
Sehubungan itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja PERODUA telah menghantar satu memorandum mendesak syarikat mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan semua isu tersebut. Kesatuan telah menetapkan untuk mengambil tindakan piket pada 27 April 2012 jam 6.00 pm jika pihak Syarikat gagal mengambil tindakan terhadap permintaan mereka.

Satu perjumpaan antara Majlis Jawatankuasa Kesatuan (MJK) Kesatuan dengan Pengurusan Tertinggi PERODUA Company Sdn Bhd (Managing Director & Excutive Director ) telah diadakan pada 13 April 2012. Desakan kuat Kesatuan dengan sokongan padu ahli-ahlinya telah menyebabkan Syarikat difahamkan akan mengadakan perbincangan seterusnya dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit untuk mengelakkan tindakan piket yang telah dirancang.

44 comments:

  1. bangang punya jepun. masuk tanah org nk pijak kepala.. dulu imperial cara senjata, skrg nk tunjuk kuasa imperial cara ekonomi.... bangun berjuang rakan kerja perodua...

    ReplyDelete
  2. Betul tu saudara khairul.. Saya salah seorang ahli rasa tercabar dan terhina dgn keadaan mcm ni... Kami semua berdisplin dan ikut peraturan..tapi bila maruah dan kesucian agama (islam) kami di ragut.. Tak kan kami nak duduk diam.. Apa perasaannya bila org jepun tu kata "melayu bodoh" kat kita.. Mr. Morita tu patut di halau je dari negara kita ni..

    ReplyDelete
  3. MD Japan Mr Morita ini sembahyang ikut matahari naik..dia belum tahu bila pekerja Islam naik minyak..kacau agama kami umpama kacau nyawa kami...

    ReplyDelete
  4. aku sebagai ex P2 pun rasa teraniaya kesian kepada semua sahabat yang bekerja disana...teruskan perjuangan anda semua untuk support union

    ReplyDelete
  5. MD jepun tu sudah tentu ada penasihat dari kalangan orang malaysia. Kita cari sumber masalah ini dan cantas dari akarnya. Macam zaman jepun dulu, mesti ada balacinya.

    ReplyDelete
  6. Bkn setakat jepun, yang jd talibarut ni lg bahaya..

    ReplyDelete
  7. Entah apa agenda terselindung disebalik disiplin yg di war2kan tu agaknya. Jepun tu blh bg tahu kot apa impak dr aktiviti suka hati diaorg ni pd harga kereta & kualiti masa AFTA nanti. Kot2 kete blh jd separuh harga ke...atau ni cara nak krgkan org. Focus la pd benda yg sepatutnya. Melainkan ada agenda lain?

    ReplyDelete
  8. Selama ni ramai je md jepon bersilih ganti, xda nak kacau sampai macam ni. Nak ikut gaya kerja jepon, kalau bagi gaji dlm yen ok jugak. Setakat masalah disiplin nak dijadikan modal utk tingkat quality? Product korang selama ni xda quality ke sampai dpt anugerah itu ini? Hantar je dia balik aprika.

    ReplyDelete
  9. kita lawan. . jangan bagi peluang. .
    biar jepun sedar ckit. . .jangan sampai aku pergi ludah muka kau moritahik. . . kau jangan buat sampai. . kami benci. . .
    ini tanah air aku. . . so baik kau sedar. . sebelom kau disedarkan

    ReplyDelete
  10. Ada pulak yg kata dia tak salah sbb yg buat semua ni org bwhan dia. Dia tak tahu menahu.. hahaha lawak ker der betul la. Dia MD yg tak buat kerja ke der??? Yg manjang dok usung material present kat dia tu apa nya der....blh lg ckp tak tahu. Kami tidak la terlalu bijak tp kami pun bknnya terbodoh...agak2 la der

    ReplyDelete
  11. Ntah....lain la kalo perodua tu sale terok, merudum jatuh beguling2 yg nk kena ubah buat peraturan mcm tu. ngokngek. dasar penjajah tu penjajah la. sape talibarut memang mcm celaka!

    ReplyDelete
  12. Owh orang perodua.. kesian lah korang..

    ReplyDelete
  13. Tolong cari dlm internet : Toyota australia sacks 350 workers. Ini akan menceritakan semua hala tuju apa yg jd di perodua. Seakan sama je situasi yg berlaku...

    ReplyDelete
  14. rasanya piket nie patut di teruskn jer wlu pun pihak pengurusan bersetuju utk berbincang. bukannya apa, ini boleh di jd kan sbgai pengajaran kpd pihak2 trtentu yg ingin mencuba menjolok sarang tebuan. setelah hampir 18 tahun pekerja berkhidmat, adakah ini balasan yg harus di terima. sbgai majikan adalah menjadi tanggungjwp utk menyediakn tmpt keja yg selamat dan kemudahan yg baik kpd pekerja. bukannya mengambil tindakan yg membabi buta sehingga menekan pekerja bawahan.

    ReplyDelete
  15. Teruskan perjuangan geng2 P2 semua! Walaupun aku hanya Ex-P2.. Tapi jiwa dan memori aku tetap diP2 sampai bila2! Tapi kena ingat,kena support pimpinan Union2 tu 200%! Jgn ada yg ambik peranan Buang dlm filem sarjan hassan!kalau ada humban dan ikat je pengkhianat tu kat rel keretapi belakang CMK!

    ReplyDelete
  16. antar jee..blk jepun.lenyapkan dr pro2.dtg sni buat undang2 sendiri

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. TERUSKAN PERJUANGAN. TURUN KE JALANRAYA. SINGKIR MORITA DAN TALIBARUTNYA.

    ReplyDelete
  19. jepon kembali mengganas ni..patot di lenyapkan anasir2 luar yg merosakkan bangsa melayu dan islam utama nya..

    ReplyDelete
  20. piket 27hb...pas tu cuti seminggu..macam xde bara la..

    ReplyDelete
  21. KALU piket x jalan, baru mogok ramai2.. byk lg cara.. yg pnting kena sepakat la..

    ReplyDelete
  22. Come on guys.
    I think benda ni boleh diselesaikan dgn cara baik. (Win-Win situation).
    Dont be so negatif about it. Why?

    Selepas Morita lancarkan undang2 baru tu, Operation Rate semakin meningkat, DPU semakin menurun. Tak percaya? boleh rujuk pada bos2 korang utk dptkan report tu. So,we donth have sebab yg konkrit utk tolak peraturan baru tu(sbenarnya peraturan lama cuma diperkemas semula). Kita boleh lawan,but dgn cara yg betul. Piket? Itu adalah last choice.

    1- Undang2 Pas Rehat 10minit & solat 15minit.
    Ramai kata xsempat, xcukup masa dan lain2. Tp korang pernah tfikir kenapa xcukp masa & xsempat? Sebab Surau KECIL! Tandas TAK CUKUP! kadang2 kena beratur nak masuk tandas.
    Solution: Kita request SURAU BESAR or MASJID dalam Perodua!! TANDAS banyak!! Dia demand dgn kita, kita demand dgn dia balik. Thats the way to counter their demand dgn cara yang betul.

    2- Undang2 xboleh pakai baju selain baju Perodua dlm Jaket Perodua. Sbb apa kita buat mcm tu? Sbb kita xde baju tshirt Perodua yg dibenarkan pakai tu pun.
    Solution: Kita mintak T-shirt sepersalinan utk seminggu! Kalau xbagi,so kita tak boleh follow.

    3- Undang2 ATM ditutup pd waktu tertentu, Rehat pada masa yg betul.
    Kenapa kita pergi ATM? sbb kita perlu duit?
    Kenapa kadang2 kita lambat masa rehat dikafe? Sebab Cafe xbanyak station! xbyk pilihan! beratur panjang! Urusan guna cash money & kupon!
    Solution: Kita request Cafe yang ada banyak station mcm Food Court(cth mcm Mid Valley, KLCC,Brem Mall). So banyak pilihan & xperlu beratur panjang sbb setiap station ada kaunter bayaran masing2! DAN semua urusan bukan dalam bentuk TUNAI, semuanya dalam bentuk KREDIT(Kad Makanan) seperti yg diimplement di Jepun & Indonesia. Thats the way kita lawan.

    WIN-WIN situation.
    If Management still cannot fullfill this requirement. Barulah Piket.
    Bukannya, terus nak PIKET tanpa halatuju & usaha utk fullfill requirement syarikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju....kena ada win-win situation jgk....management kena provide/improve semua service/kemudahan e.g capacity surau & qty atm machine dulu baru boleh enforce undang2 baru 100%...

      Delete
  23. sangat setuju juga. Jadi sebelum nak buat sesuatu peraturan management kena lihat masalah dan bincang dengan wakil kesatuan. Itu sepatutnya dilakukan oleh management..bukan ikut suka sahaja. selain dari isu-isu di atas, contohnya sembahyang jumaat..tangkap pekerja kerana lewat tetapi masa untuk keluarpun dah hilang dalam jem. Itu sepatutnya diselesaikan dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Itu sebagai contoh sahaja lah.. Pihak management perlu menyediakan kemudahan & prasarana dahulu sebelum mengambil tindakan. Itu barulah adil. Berbalik kepada win win situation tadi..sebarang tindakan management sudah diutarakan kepada kesatuan ker..atau sememangnya tidak perlu. Taknak lah jadi kes seperti di Australia tu.. walaupun seakan2 sama je peraturan & tindakan. Untuk mewujudkan keadaan kerja yg harmoni perlu ada memberi & menerima dari pihak management dan juga pekerja...itu sangat lah dipersetujui kerana bukan sahaja management yg merancang tp pekerja juga bekerja mengeluarkan peluh dan idea untuk merealisasikan mision & vision syarikat. Sama2lah faham ye...

    ReplyDelete
  24. MORITA nk tnjuk kt boss2 yg dok kt jepun dia bleh wat perubahan kt perodua dia nk ckap dia lg bagus dri OSAMU OAKI..so lma lg dia kt perodua nie tp knp nk ktatkn undang2 smpai bdak2 mlas nk pg keje..

    ReplyDelete
  25. Harap2 kwn2 disini jgnlah begitu marah,walaupun Mr.Morita tu org jepun xsemestinya dia tu kejam terhdp rakyat malaysia. Dia hanya pentingkan pretensi Perodua. Misalan dia "menghadkan dan menentukan masa serta mengarahkan penggunaan pass khas untuk pekerja Islam menunaikan sembahyang" ini pun kerana ada segelintir mengambil kesempatan utk curi tulang. Ini kerana utk mengelakkan masalah ni. Mmg ada segelintir sembahyang hampir sejam utk solat zohor. logic x tu? Bagi pendpt saya,kita semua mmg patut berkumpul dan berbincang secara aman & damai. kalu Perodua tutup kilang tersebut atau mengurangkan kos pekerja nnt siapa yg susah? Apabila saya membaca komen2 kwn2 disini majority kita yg btul. Mr.Morita tu mcm syaitan. Fikir jauh sikit dan bertimbang rasa. Negara kita hampir semua rakyat kita tak mahu bekerja dikilang semua nak menjadi bos,jd kalu satu hari nnt negara kita dipenuhi warga asing,segala pekerjaan dikuasai warga asing. Nak ke jadi begitu?? Renung2 kan...

    ReplyDelete
  26. Jangan berfikiran pendek kawan2.
    Kita hanya berkerja makan gaji, selagi kita tdk disuruh melakukan perkara yg menyalahi syarak, ianya xsalah. Ape yg anda akan dpt dari piket ni?

    Jangan sampai Jepun2 ni fed-up dgn Malaysia & org2 kita. Mereka tu pelabur & prmegang saham dalam Perodua, anytime dia boleh tarik diri dlm pelaburan ni. Plus 2015 nnt AFTA akan dijalankan, tiada keistimewaan bg kereta Nasional.
    Masa tu kalau mereka xmahu lagi guna nama Perodua pun xpe, sbb dah xde keistimewaan lg.
    Masa tu, mgkin kita semua level2 bawahan ni akan dibuang atau diberikan VSS shj.

    Itukah yg anda mahukan?


    Anda pernah xterfikir..
    Apa projek Perodua slps ViVa FMC?
    Ada projek lain ke?
    Kenapa Dato Aminar sedia bgabung dgn Proton wpun sblm ni xmahu bgabung?
    Sales Perodua turun 11% dsbbkan Polisi Bank Negara.
    Kenapa tiba2 Dato Aminar & Morita sggup masuk masa Shift malam utk tgk disiplin pekerja?

    Jwpnya hanya 1, Daihatsu & Toyota sedang bkira2 utk menarik diri dlm Business ini.


    Masa tu kita semua boleh balik kampung & tanam jagung.

    ReplyDelete
  27. isu perlu kita fahami adalah polisi kerajaan terhadap rakyatnya... kerajaan sekarang terlalu memandang mulia (baca: ada kepentingan politik)terhadap para pelabur sehingga menjadikan rakyat seperti hamba kestabilan negara (baca: hamba kepentingan BN). aehingga kini polisi gaji minimum gagal diwartakan untuk rakyat malaysia. kepada rakyat yg pernah melancong atau study atau bekerja di negara maju akan merasa kecilnya wang RM yg kita perolehi. RM 2000 dgn US 2000 memanglah tidak sama nilainya. tetapi kuasa membeli US 2000 lebih besar nilaiannya. fikirkan lah. sudah lebih 50tahun merdeka ... masih dijajah fikiran dgn bermacam macam program tranfomasi... sebagai rakyat yg bijak... mesti bijak bertindak. untuk memajukan negara jgn beri peluang pemimpin negara hidup selesa dan kaya raya. rakyat mesti beri tekanan kepada pemimpin untuk beri keselesaan kepada rakyat. jika tidak para pemimpin yg hidup selesa dan kaya raya. bagaiman caranya... dgn kuasa undi. tunjukkan kuasa anda dalam PRU13.

    ReplyDelete
  28. :) apa salahnya utk memperkatakan sesuatu yg tidak sehaluan dgn majikan sekiranya difikirkan wajar. Saya percaya pihak kesatuan amat matang menangani masalah ini. Sekiranya dilihat dr artikel di atas amat jelas yg kesatuan masih membuka jln utk rundingan melalui cadangan @ teguran yg diutarakan kpd majikan. Masing2 sedar bahawa peraturan amat perlu. Saya setuju dgn beberapa perkara yg dibangkitkan tetapi masih tidak salah utk kesatuan & ahlinya menyuarakan pandangan. Telah di maklumkan bahawa sekiranya jawapan majikan tidak memenuhi kehendak maka barulah piket akan diadakan itupun selepas waktu bekerja. Jelas menunjukkan masih ada toleransi dr kesatuan utk tidak sesekali menganggu perjalanan operasi. Tp sekiranya majikan dpt memberikan jawapan yg 'sama2 menang', saya yakin semuanya akan berjalan dgn baik.

    ReplyDelete
  29. Kesatuan perlu menyuarakan isi hati para ahli tanpa rasa segan dgn pengurusan. Jika tiada yg rasa ditindas, semua ini tidak akan berbangkit.
    Segala peraturan yg sedang dibuat, rasanya tidak logik jika ketua kepala kata dia tidak tahu menahu. Dia lah penggubal dialah yg meminta utk dilaksanakan. Siapa yh kata melayu pemalas? Tidak tepati masa? Back stabber? Suka sabotaj?
    Selagi boleh tanam jagung, demi rezeki yg halal, tiafa haramnya di situ.
    Tapi jgn terus menerus ditekan, ditindas, dirampas hak individu, dan dimaki.
    Jgn mudah menyerah...
    Akhir kata....DRB dengar ada kosong. Ahakd

    ReplyDelete
  30. Perasan tak byk industrial accident skrang ni? sbbnya semua working level stress kerja...

    ReplyDelete
  31. Membangun Bersama Islam.....

    Amanah dalam pekerjaan.. InsyaAllah rezeki berkat......... Amin...

    ReplyDelete
  32. Diceritakan si anak kecil bermain api
    Sehingga habis terbakar hatinya yg sepi
    Wajarkah diterima segala apa yg dijanji
    Walaupun semanis gula pasti kelak meracuni

    Bukalah minda lebarkan akalmu
    Tersenyum itu belum tentu sehati
    Menurut itu biarlah dengan berilmu
    Agar tidak tersungkur ditangan sendiri

    ReplyDelete
  33. salam...jangan risau sahabat2 ku..sehati sejiwa di Perodua ok!aja aja fighting!!
    saya melaporkan sedikit info disini ya..
    overall TIV(total industry vehicle)kalau nak banding march tahun 2011 jatuh 15% tapi banding bulan lepas naik sebanyak 22%..untuk perodua yang gemilang, kita masih memegang share no.1, compare march tahun lepas kita drop sebanyak 11%, Proton 27%..hmmm

    teruskan berdoa moga rezeki 6bulan masih dalam tangan...kekalkan kualiti..tingkatkan produktiviti...hidup union!hidup Morita!ahakss..

    ReplyDelete
  34. As salam. Aku peraturan yg lain tu aku tak kisah sangat tapi bab solat tu yg aku.marah sangat. Org gi solat takde pass dikira salah tapi org yg tak solat dibiorkan.sesapa yg ambik tindakan pada org yg gi solat tanpa pass akan aku tumbuk mukanya

    ReplyDelete
  35. ade ke piket pd 27 april tu???????????

    ReplyDelete
  36. pasal bonus pun korg nk mengamuk... tak bersyukur tul lah korg ni... org lain brape ramai yg menganggur kt luar tu cari keje tak dpt tinggal nk mengemis je.. ni pasal bonus pun nak mengamuk... yg keje perodua ni kene sedar korg bukan keje kerajaan korg tu swasta... ade ke dlm undang2 buruh malaysia ni syarikat swasta WAJIB kasi bonus kt pekerjanye? ade ke?

    ReplyDelete
  37. Bila terlalu taksub dengan duniawi, inilah jadinya...
    Oleh itu, sentiasalah bersyukur atas nikmat Tuhan dan ingat akhirat...

    ReplyDelete
  38. bonus dah banyak pun bising.. org lain bonus tak sampai lima ratus sesetengahnya ada yang tak de langsung. Even najib pun bagi bonus limaratus sorg kt staff dia sedangkan dia makan isnaini wal sitta billiyyon.

    ReplyDelete
  39. Thanks and I have a keen supply: How Much Home Renovation Can I Afford house remodeling services

    ReplyDelete