Oleh G Manimaran
December 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Kritikan ke atas pendirian kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhubung isu pindaan Akta Kerja 1955 meningkat sementara
bahagian Selangor-Wilayah Persekutuan menggesa badan induk kesatuan sekerja itu mengadakan piket peringkat nasional kedua.
MTUC telah mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November lalu susulan piket di pekarangan bangunan Parlimen 3 Oktober memprotes peruntukan baru sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
Perhimpunan MTUC peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan pula telah diadakan 2 Disember lalu.
Pengerusi MTUC bahagian Selangor-Wilayah Persekutuan N Gopal Kishnam berkata, “kami tidak tahu apa perkembangan selepas mesyuarat majlis am bulan lalu dan perhimpunan peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan.”
“Sepatutnya, susulan perhimpunan 2 Disember (di Shah Alam), yang dianjurkan MTUC Selangor-Wilayah Persekutuan, MTUC pusat memanggil mesyuarat dan membincangkan tindakan susulan, ketika Dewan Negara hendak membahaskan rang undang-undang ini,” kata beliau dengan merujuk kepada perbahasan yang dijadualkan pada Khamis ini.
“Kalau anda tanya saya, saya mahu MTUC mengadakan piket peringkat nasional yang kedua kerana Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan masih membisu dalam hal ini,” katanya yang kelihatan kecewa dengan perkembangan semasa.
Kata beliau, nampaknya pentadburan Najib hanya mahu mendengar suara satu kesatuan sedangkan pandangan majoriti MTUC tidak mahu dilayan.
Gopal Kishnam berkata beliau difahamkan MTUC bahagian lain juga melahirkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan peringkat masing-masing.
Beliau melahirkan pendirian ini selepas sebuah anggota gabungan MTUC semalam mendakwa badan induk pekerja itu kelihatan seolah-olah tidak proaktif dalam isu pindaan Akta Kerja 1955 sementara Dewan Negara dijadual membahaskannya minggu ini.
Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad memberi kata dua agar membincangkan pendirian terkini MTUC dengan memanggil mesyuarat majlis am tergempar dan jika tidak, mahu kesemua pemimpin kongres itu meletakkan jawatan.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad Abdul Razak Md Hassan berkata, pihaknya terkilan apabila pertubuhan bukan kerajaan sudah mula mendahului MTUC dengan sanggup mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Parlimen pada 15 Disember ini.
“Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad terpanggil untuk menyampaikan rasa terkilan dengan tindakan MTUC yang bergerak terlalu perlahan mengenai pindaan Akta Kerja,” kata Razak kepada The Malaysian Insider.
Malah, menurut Razak, pihaknya juga rasa hairan kerajan pertubuhan bukan kerajaan Jerit seolah-olah mengambil peranan MTUC dengan mengadakan demostrasi di kawasan Parlimen Khamis ini.
“Sedangkan MTUC adalah badan induk gabungan kesatuan sekerja yang mewakili kaum pekerja tidak memainkan peranan sehingga Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad sebagai ahli gabungan tidak mendapat sebarang perkembangan,” kata beliau.
Sehubungan itu kata beliau, kesatuannya mahu kepimpinan MTUC mengadakan mesyuarat majlis am tergempar seberapa segera sebelum Rabu ini agar kesemua gabungan diberi penjelasan seterusnya membincangkan tindakan selanjutnya.
Ekoran pendirian kesatuan itu, Setiausaha Kewangan MTUC Alias Awang Ibrahim juga menggesa agar diadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangan isu pindaan Akta Kerja.
“Saya, selaku setiausaha agung Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Minuman menyokong desakan Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad agar diadakan mesyuarat tergempar
sebelum Rabu ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya dan mendapatkan penjelasan daripada pemimpin-pemimpin MTUC yang hadir mesyuarat dengan Kementerian Sumber Manusia,” katanya.
Difahamkan rombongan lima wakil MTUC menghadiri satu pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya, Jumaat lalu.
Alias Awang berkata, pihaknya difahamkan ada satu dua kesatuan sudah menghantar notis agar diadakan mesyuarat tergempar majlis am MTUC.
“Saya juga difahamkan oleh setiauaha agung MTUC bahawa kementerian hanya mempelawa lima wakil MTUC untuk menghadiri mesyuarat minggu lalu. Saya difahamkan pertemuan itu membincangkan aspek penguatkuasaan peraturan, bukannya membatalkan pindaan Akta Kerja berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
“Bermakna MTUC bersetuju dengan pindaan Akta Kerja, bercanggah dengan hasil mesyuarat majlis am yang menolak peruntukan kontraktor bagi tenaga kerja. Jadi kami, kesatuan gabungan memerlukan penjelasan,” kata beliau.
Usaha The Malaysian Insider mendapatkan komen presiden dan setiausaha agung MTUC sehingga pagi ini masih belum berhasil.
INI SEMUA PUNCA MTUC ADA PEMIMPIN BERTOPENGKAN SYAITAN "JAAFAR MAJID"
ReplyDeleteDAH BERTAHUN JADI PRESIDEN NUTE, HABIS SEMUA MARUAH, KEKEBALAN DAN NIKMAT YANG DINAKMATI PEKERJA DI TM DIJUAL DAN DIGADAIKAN.
SEKARANG TIBALAH MASANYA MTUC MERASAKAN.....
JAAFAR MAJID KINI BERTUKAR MENJADI PROXY PEMUDA UMNO....JAAFAR MAJID 'BUNUH' RAMAI PEMIMPIN KESATUAN TELEKOM YANG MENENTANGNNYA...ADA YANG SAMPAI DIBUANG KERJA DI KK...INILAH JAAFAR MAJID YANG KAKI BETINA, KAKI AMPU SANA MAPU SINI...JAAFAR MAJID KUAT PAKAI BOMOH! SAMPAI PM PUN DATANG MAKAN MALAM MTUC...PEKERJA MELOPONG MAKAN ASAP...RAMAI PEMIMPIN MTUC BERMUKA-MUKA SOKONG PEKERJA...TAPI AMBIL DUIT DARI KERAJAAN...MAMPUS PEKERJA MACAM INI
ReplyDeleteSalam Pekerja
ReplyDeleteMenyentuh mengenai dengan piket baru-baru ni, saya selaku salah seorang Majlis AM MTUC amat tidak berpuashati dengan proses, cadangan dan susunan piket yang diadakan.
1. MENGAPA & KENAPA baru kini PIKET diadakan setelah perkara @ akta tersebut hendak dibentangkan di Parlimen?
2. MENGAPA tindakan awal (dalam masa 18x) perbincangan diadakan bersama pihak Kementerian namun tiada satu respon awal diberikan?
3.Pada tarikh 3 Nov 2011, MENGAPA MTUC yang kononnya tidak terlibat dengan HALUAN KIRI menjemput barisan Ahli Parlimen Pembangkang untuk sertai PIKET tersebut? APAKAH RELEVENNYA?
4. ADAKAH ANDA SEMUA TAHU BAHAWA PADA 23 OGOS 2011 YANG LALU, MTUC TELAH "DISUAP" RM 400,000.00 DARI KERAJAAN @ UMNO? KHALID ATAN, JAAFAR MAJID TELAH MENERIMA DUIT TERSEBUT!
5. MENGAPA sekarang ini MTUC seoalah-olah "BERLAKON" yang kononya membela nasib pekerja? sedangkan banyak sudah perjumpaan bersama PM, TPM, dan Menteri telah dibuat selama ini (DENGAN KEPIMPINAN BARU) ADAKAH mereka ini berbincang atau sekadar MINUM KOPI??
6. Sedih dan sungguh terkilan dengan sikap HIPOKRAT pemimpin MTUC kini, lebih2 lagi Jaafar Majid, yang kini sedang heboh melobi dirinya untuk mendapatkan tempat sebagai SENATOR? Adakah adil? dimanakah sikap tanggungjawab pemimpin MTUC???
PEMIMPIN TERTINGGI MTUC SILA JAWAB JIKA BERANI!