Kepada :
Presiden/Setiausaha Agung Kesatuan Gabungan
- Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syrikat GLC
- Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
Assalaa mua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera
Saudara/Saudari,
Izinkan saya untuk memberitahu mengenai tertangguhnya Konvensyen Khas GLC 2011 dan sehingga tarikh ini kita masih lagi menunggu pengesahan tarikh dari Pejabat Perdana Menteri, Malaysia.
Seperti yang saudara/saudari sedia maklum pada 06hb. Januari 2010 seramai 15 orang pemimpin Kongres ini telah berjumpa dengan Y.A.B. Perdana Menteri di pejabatnya serta mengadakan perbincangan selama satu jam dan satu Memorandum telah disampaikan kepada Y.A.B. Perdana Menteri dan pada masa yang sama surat juga jemputan telah disampaikan kepada Y.A.B. Perdana Menteri untuk menghadiri Konvensyen, ketika itu Y.A.B. Perdana Menteri secara spontan menjawab, "Saya akan Hadir" Insya-Allah.
Pada awal bulan Julai 2010 pejabat Perdana Menteri memberitahu bahawa cadangan tarikh Konvensyen ialah pada 30hb. Ogos 2010 seterusnya Majlis Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC telahpun mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tarikh dan implikasinya, keputusan adalah seperti berikut:-
1. 30hb. Ogos 2010 masih dalam bulan Ramadan.
2. 30hb. Ogos 2010 sehari sebelum Hari Merdeka.
3. Ramai pekerja Islam telah mula mengambil cuti Raya untuk pulang ke kampung.
Berdasarkan sebab-sebab diatas Majlis Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC berpendapat bahawa tarikh tersebut tidak sesuai dan seterusnya memberitahu Pejabat Perdana Menteri bahawa kami memohon untuk menukar ke tarikh baru.
Selepas Hari Raya Tahun 2010 pihak Sekretariat terus menulis surat kepada pejabat Perdana Menteri bagi mendapatkan suatu tarikh baru bagi Konvensyen ini.
Pada awal bulan April 2011 saya telah memberitahu Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC bahawa Pegawai dari pejabat Perdana Menteri telah menghubungi saya dan mengesahkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri bersetuju menghadiri Konvensyen kita dan menjadi harapan Majlis ketika itu Konvensyen ini dapat diadakan selewat-lewatnya dalam bulan Jun 2011 malangnya ia tertangguh tanpa berita.
Isu-isu dalam Syarikat GLC dahulunya dikenali Syarikat-Syarikat yang diswastakan mendapat MANDAT daripada 300 perwakilan dari 50 buah Kesatuan Sekerja di persidangan ulung yang diadakan pada 16hb. Jun 2009 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Hari ini kita bercakap dengan MANDAT yang diluluskan oleh persidangan. Perwakilan dan Kesatuan Gabungan juga bersetuju bahawa Konvensyen GLC yang seterusnya dikendalikan oleh dua badan iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC dan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC).
Dalam masa yang sama, MTUC secara tiba-tiba bercakap mengenai isu-isu GLC, apa yang Kongres ini bangkitkan kepada Y.A.B. Perdana Menteri mereka juga membincang perkara yang sama. Nampaknya MTUC sudah mengambil alih tugas-tugas Kongres ini dan mereka juga mendakwa telah membincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia malah perkara ini dibincang melalui Sekretariat Pekerja Muda UMNO. Berita ini tersiar di akhbar tempatan pada 16.04.2011. Walhal mereka mempunyai ratusan isu masih belum diselesaikan sepatutnya mereka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap isu-isu tersebut. Apa yang kita lihat sekarang macam ada sabotaj dalam perkara ini.
Dalam pada itu Kongres ini ucapkan Terima Kasih kepada Presiden CUEPACS Y.Bhg. Datuk Omar B. Osman dan mantan Presiden MTUC Tuan Syed Shahir Syed Mahmud kerana mereka ketika Penubuhan Kongres ini bersetuju bahawa isu-isu yang berkaitan Penswastaan dan GLC diwakili oleh Kongres ini.
Tujuan utama penubuhan Kongres ini adalah untuk menyatupadukan semua Kesatuan/Persatuan dari agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan yang mempunyai Keahlian lebih daripada 500 ribu orang. Kongres ini mempunyai harapan untuk bekerjasama dengan Kerajaan dengan mengadakan Sosial Dialog serta membawa isu-isu yang melibatkan hal ehwal pekerja terus kepada Kerajaan. Kongres ini yakin berbincang dengan Kerajaan adalah saluran yang tepat kerana kita yakin bahawa hanya Kerajaan saja yang boleh membuat apa-apa keputusan.
Kini, rata-rata pemimpin dari Kongres ini melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana sehingga hari ini Pejabat Perdana Menteri tidak memberi tarikh Konvensyen GLC yang dicadangkan perasmiannya oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Malaysia. Selaku Presiden Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC saya perlu memberi penjelasan ini kerana isu-isu ini sering di tanya-tanya oleh Kesatuan Gabungan ini sehingga sekarang.
Oleh kerana tarikh ini masih belum ada keputusan, oleh yang demikian pihak Sekretariat Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC mengambil keputusan untuk memulangkan wang kepada Kesatuan-Kesatuan yang telah membayar wang penyertaan.
Terima Kasih dan Salam Hormat
MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden
Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja
Dalam Syarikat GLC &
Presiden
Majlis Perhubungan Rangkaian
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
Bangunan PSM, UNI Global Union-Malaysia
No. 17B, 1st Floor,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603- 2284 1232 / +603- 2284 2232
Fax : +603- 2282 0555
H/P : +6013- 393 0110
Email : unimlc@streamyx.com / bpshafie@tm.net.my / shafie@asetuc.org
Web : www.uni-mlc.blogspot.com
